"Apakah yang bakal akan aku lalui masa praktikal nanti? Boleh perform tak kat sana? Best ker staff di sana?.." bermacam-macam persoalan yang saya fikirkan lagi sebelum mula menjejakkan kali ke Pos Malaysia 1Jun 2010 lalu. Pantas benar masa berlalu, Jumaat 29 Oct saya selesai menamatkan praktikal di Unit Akaun Antarabangsa, sub unit di bawah Perniagaan Antarabangsa dan Sokongan Perniagaan. Memang pengalaman yang menarik sepanjang disini, semuanya adalah pengalaman baru yang tak pernah saya lalui semasa belajar dahulu.
Dimana bumi di pijak, di situlah langit yang di junjung. Itulah pegangan saya selama ini, maksud mudahnya berbudilah semampu boleh pada tempat kita pergi atau berada. Saya cukup yakin bahawa budi baik akan sentiasa di kenang dan akan ada ganjaran baik selepas itu. Saya sudah meletakkan sasaran ingin menyudahkan praktikal ini dengan jayanya, saya mahu 'keluar' dari sini dengan meninggalkan 'perkara yang baik-baik' untuk mereka di sini kenang dan buat saya ingati sampai bila-bila.Aturan perjalanan dari Allah SWT itu sungguh menakjubkan, sesuatu yang saya tidak tefikir akan semudah ini jalan yang di atur olehNya bagi saya lalui semasa praktikal di sana. Saya di tempatkan di Unit yang betul dan di pertemukan dengan orang yang sesuai bagi saya 'membuka tapak' di Pos Malaysia ini dalam tempoh yang begitu singkat. Selepas itu pelbagai peluang, ruang yang saya anggap sebagai rezeki saya perolehi hari demi hari sehinggalah di minggu terakhir pun masih di perlukan khidmat 'bakat' yang Allah berikan pada saya .
Alhamdulillah, perpisahan saya di raikan dengan dua majlis berbeza pada minggu terakhir di sana. Majlis pertama bersama semua kakitangan Operasi Antarabangsa dan Sokongan Perniagaan di bilik mesyuarat. Hari berikutnya pula di raikan oleh Ahli Jawatankuasa Kebajikan Islam Pos Ibu Pejabat. Terima kasih saya ucapkan buat mereka yang mengatur majlis ini dan terima kasih juga untuk semua hadiah-hadiah yang di berikan, akan saya jaga dengan sebaiknya. Buat kaum keluarga IAU : Mr Vik, Tn Hj Azman, Kak Zah, Kak Tim, Kak Nab,Kak Ana, Kak Noor dan Kak Elin, juga keluarga PosMel dan seluruh kakitangan Pos Malaysia Ibu Pejabat ikhlas dari hati ini, SYUKRAN JAZILAN untuk antum semua. Ke mana haluan kerjaya saya selepas ini? Mungkin kata-kata Ketua Pegawai Operasi (COO) PosMel " We are waiting for you" sudah memberi gambaran ke mana saya selepas ini. Masa yang ada ni saya akan gunakan untuk 'berehat' seketika dahulu..
Macam-macam juadah jamuan, macam open house mini pun ada
Ucapan perpisahan dan terima kasih saya buat semua
Kak Nur yang sungguh sporting
Sebenarnya, pergaulan semasa kita di universiti bersama rakan-rakan sebaya, xpun junior, mereka yang berumur dan berpangkat seperti pensyarah dan pengurusan universiti banyak membantu untuk kita 'cepat mesra' bila masuk ke alam pekerjaan. Antara kenangan-kenangan bersama kakitangan dan rakan sekerja di Pos Malaysia.
Menonton Cuci-cuci Muzikal 2 di Istana Budaya

emmm...
ReplyDeletexsangka da abez kan..
baru je nak kasi rase penumbuk aku...
emmm... :-(
nice experienced..
ReplyDeleteI LOIKE...
ReplyDelete