" Bukan saya marah orang ramai bantu anak2 yatim..tetapi sekurang-kurangnya mereka masih mampu melihat, tapi kami yang buta ini ahli korporat dan orang ramai terlepas pandang.." luah hati Abg Jaafar, seorang OKU yang cacat penglihatan yang di jemput bagi menerima sedikit sumbangan. Perbualan di meja makan bersama Abg Jaafar selepas saya selesai mengacarakan majlis hari raya terbuka di Pos Malaysia baru-baru ini memberi saya keazaman baru untuk membantu golongan ini dengan sekadar yang saya mampu
Benar juga keluhan Abg Jaafar apabila golongan OKU lebih tepat orang buta agak di pinggirkan dari segi keutamaan masyarakat untuk di bantu. Kalau di lihat memang benar anak yatim di dahulukan dalam semua perkara dari aspek menerima bantuan dan sumbangan kita, lihat semasa bulan Ramadhan dan Hari Raya berpusu-pusu kita menceriakan anak-anak yatim. Tapi kadang kala kita lupa golongan buta ini yang gelap dunia mengharapkan ihsan kita untuk 'menerangi' hidup mereka, mereka tidak perlukan baju cantik, kasut baru ataupun duit raya tetapi memerlukan kemudahan dan alatan yang membantu mereka lebih 'selesa' menjalani kehidupan sehari-harian.
Dalam dunia 'gelap' mereka segala alatan yang di perlukan bagi memudahkan hidup, pergerakan dan pelbagai urusan lain perlukan kos yang tinggi. Dari kemudahan pejalan kaki di jalanan, mesin braille, buku-buku, alat elektronik seperti komputer memerlukan perbelanjaan yang besar untuk mereka dapat menggunakannya. Pertama kali saya melihat bagaimana orang buta makan, memang tersentuh hati. Kita yang celik inilah yang perlu menghidangkan untuk mereka sebelum mereka 'meraba-raba' sendiri memasukkan sesuapkan makanan ke dalam mulut. Bila saya fikirkan kembali, orang buta lah golongan OKU yang benar-benar 'mencabar' hidup mereka kerana semua yang di lakukan oleh mereka hanya bersandarkan pada deria rasa semata-mata dan keberaniaan diri sendiri. OKU lain masih boleh melihat, dengan penglihatan mudah sedikit bagi mereka untuk mengurus diri, belajar pelbagai perkara hatta meminta bantuan pun lebih mudah sebenarnya walaupun sekadar terduduk di kerusi roda.
Tapi sedih melihat sebilangan orang celik ini yang terus membiarkan golongan cacat penglihatan ini meraba-raba mencari arah dan jalan untuk menuju ke sesuatu tempat. Jika sibuk mengejar urusan lain pun apakah salah di luangkan sedikit masa bertanya pada mereka arah mana ingin dituju dan memimpin tangan mereka ke destinasi yang ingin di tuju. Bukan saya ingin mendabik dada, tetapi jika ternampak orang buta hilang arah di jalanan saya akan cuba membantu mereka, lebih gembira pabila saya menjadi oarang pertama yang menghulurkan bantuan. Puas benar rasanya dapat membantu mereka menuju ke tangga, menahan teksi ataupun melintasi jalan.
Abg Jaafar sempat juga berkata " Orang buta ini ada juga yang malas juga seperti yang mereka normal. Tidak mahu bekerja tapi mahu duit masuk ke poket saja". Bagi saya malsasnya orang buta kerana mereka putus asa untuk bergerak di dunia luar. Tapi malasnya orang yang sempurna sifat?..sungguh menjijikkan. Kepada anak-anak yatim khususnya dan kita yang sempurna sifat ini bantulah golongan ini sedaya yang mampu. Terangilah hidup mereka.

0 comments:
Post a Comment