Ramadhan kali ini lebih bermakna bagi saya kerana 'di takdirkan' oleh Allah SWT untuk berkesempatan bertemu (saya terserempak dengan kawan dom seSuhaib masa F1 dahulu iaitu Poim dlm tren) dan ada juga dapat berbuka puasa bersama -sama rakan-rakan semasa di sekolah menegah dahulu. Ada yang selepas SPM tidak bertentang mata cuma FB dan mesej menjadi penghubung, tapi berkat Ramadhan kami bertemu dan berhimpun semula. Walaupun tidak semua, tetapi kesempatan ini sudah baik untuk berkongsi banyak cerita terutama kenangan zaman sekolah dahulu. Antara rakan-rakan yang saya dapat berbuka bersama mereka ialah Marul bersama akak senior iaitu Akak Majdah dan Akak Irah di Restoren Dulang Kg Baru hari Sabtu yg lalu. Semalam pula bersama-sama Mabrur, Aminrol, Aslam, Hazlami dan Dzulsyafiq di Resoren Sate Kajang Hj Samuri Tmn Melawati.
Semalam pun saya sudah sampaikan pesanan Marul pada mereka iaitu "Raya ketiga ni jemputla pada semua kawan2 Azlan datang ke rumah Marul di Bandar U Sri Iskandar, depan TM tu, die buat open house..jangan g masuk Felcra lak, die dah tak duduk sana"..jadi kepada rakan-rakan Azlan yang baca blog saya nih, jemputlah datang juga.Saya ni wakil sah yang telah di tauliahkan oleh Marul yer,hehe.
0 comments:
Post a Comment