Friday, August 13, 2010

Ramadhan Diberkati, Syawal Dinanti


Maaf terlewat mengucapkan selamat menyambur Ramadhan Karim buat pengunjun blog saya yang tidak seberapa ini. Kepada yang setia mengunjungi, terima kasih banyak-banyak saya ucapkan. Saya amat hargai kesudian membaca blog ini. Sudah 3 Ramadhan, InsyaAllah rasa-rasanya semua sudah dapat biasakan diri dengan rutin hidup yang berubah di bulan puasa ini. Mungkin hari pertama perut agak 'goyang', tapi kini sudah mulai 'tenang' tanpa di isi buat sementara waktu.

Dahulu bila habis waktu pejabat, masih ada yang cuba berlengah untuk balik, kini kaum ibu terutamanya berkejar balik, tiada terniat dalam hati mungkin nak balik walaupun lewat seminit..hehe. Di awal Ramdhan ini juga saya terima berita baik, dan ia juga ganjaran dari Allah..mendapat emel dari Bahagian Akademik USIM pagi tadi memaklumkan perubahan PNGK saya terbaru membuatkan saya tersenyum gembira. Aduan saya dan dokumen sokongan yang saya lampirkan meminta Akademik menyemak semula kiraan PNGK saya kerana begitu saya menyakini wujud sedikit kesilapan semasa kiraan di ambil tindakan sewajarnya. Usaha saya berbaloi juga, satu kepuasaan dan syukur.

Ringkas saya kali ini, doa saya pada anda semua termasuk diri sendiri moga di tetapkan hati untuk istiqamah dalam beribadah sepanjang Ramadhan ini. Moga ia menjadi Ramadhan terbaik berbanding Ramadhan sebelum ini dalam beramal ibadat. Amin

0 comments:

Post a Comment