Thursday, August 5, 2010

Penutup Tilawah Al Quran Antarabangsa 2010

3 Ogos yang lalu saya berkesempatan ke PWTC menyaksikan majlis penutup Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa. Selama ini menonton di TV dan membaca di surat khabar. Kali ini Allah mentakdirkan saya dapat menyaksikannnya di depan mata. Pulang dari ofis, berehat sekejap di rumah untuk hilangkan lelah. Selepas Maghrib mula bergerak ke sana bersama rakan. . Lebih kurang jam 12 malam baru sampai rumah. Tahniah buat Qari dari Mesir dan Qariah dari Pakistan menjadi Johan. Malaysia juga apa kurangnya, mendapat tempat kedua bagi Qari.Sedikit gambar yang sempat saya ambil untuk tatapan pembaca blog saya ini


Ahlan wasahlan

Muslimin muslimat memenuhi luar dan dalam Dewan Merdeka

DYMM Agong di pentas utama menyampaikan hadiah



Imam Besar Masjid Negara

Sahibus Samahah Mufti Perak

Ustaz Hassan..Hakim Tajwid

Bersalaman dengan Johan Qari dari Mesir

0 comments:

Post a Comment