Saya bukan ahli muzik, petik gitar pun tak tahu walapun pernah cuba2 belajar masa di PASUM dahulu. Tapi sudah lupa, kalau ada pengalaman berkaitan muzik pun saya bermain alat percusion (yenki) untuk pasukan nasyid semasa di Azlan dahulu, merasalah bermain sampai ke peringkat negeri Perak. Sehingga kini saya pernah merasai dua pengalaman muzik yang berbeza tetapi kedua-duanya indah.
Pengalaman pertama ialah menonton persembahan Orkestra UM di Dewan Tunku Canselor sempena 100 tahun penubuhan UM. Masa itu saya menuntut pengajian matrik di UM. Itulah kali pertama menonton persembahan orkestra dengan DYMM Sultan Perak dan Raja Muda sebagai tetamu kehormat. Memang indah dan mengasyikkan. Kalau persembahan orkestra dalam skala sederhana besar itu dan di buat di DTC sahaja, tetapi gema alunan pelbagai lagu-lagu klasik di mainkan sudah membuatnya bulu roma meremang. Inikan jika menonton orkestra dalam dkala besar di dewannya pula seperti Filharmonik Petronas. Wahhh pasti lebih membuai jiwa...Saya masih ingat pabila penyanyi jemputan pada malam itu Zainal Abidin dan Akma AF3 menyanyi berlatarkan muzik orkestra..memang lain dari lain rasanya . Setakat ini, itulah persembahan pertama dan terakhir orkestra yang saya pernah menonton live
Hujung minggu lalu saya mendapat peluang menonton teater muzikal di Istana Budaya. Sudah lama menyimpan hasrat ingin menonton teater muzikal di IB, hendak pula semasa pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical. Tapi hajat itu hanya di pendamkan kerana pelbagai kekangan. Rezeki menjalani latihan praktikal di Pos Malaysia, saya mendapat 4 tiket percuma untuk menonton CUCI The Musical Season 2 di Istana Budaya.
Pengalaman yang sungguh mengujakan. Jika sebelum ini hanya melihat di kaca tv mereka melawak, kini di hadapan mata. Afdlin Shauki, Awie, Hans dan Nabil benar-benar mengisi masa hampir 3 jam dengan gelak tawa, kesedihan dan pelbagai mainan emosi lagi. IB berada kelas yang tersendiri, memegana taraf sebagai antara dewan teater yang tercanggih di dunia. Ia memang terbukti bila segala aspek tekonologi yang ada, terutama pentas boleh bergerak banyak membantu plot teater 'mengalir'. Tamat teater saya dan teman istimewa berasa sungguh gembira. Kalau menonton CUCI sudah teruja, kalaula dapat menonton Puteri Gunung Ledang pastinya lebih mengujakan. Mungkin ini akan di jadikan hobi bila sudah bekerjaya nanti, menonton teater muzikal selain menonton wayang.
Dua pengalaman muzik yang berbeza tetapi kedua-duanya mengangkat darjat makna kesenian dan bakat-bakat mereka yang 'hidup' dengannya untuk di hargai oleh masyarakat.

Afdlin dan Awie (abg rock yg kelakar habis)

0 comments:
Post a Comment