Jalur Gemilang berkibar megah
Sudah menunaikan 2 amanah, amanah pertama alhamdulillah hingga masuk ke 19 Ramadhan masih belum ada puasa yang culas, syukur kesihatan baik sahaja sepanjang Ramadhan ini. Amanah kedua ialah mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman sempena menyemarakkan lagi sambutan Kemerdekaan ke 53. Mengapa ia amanah?kerana bendera yang saya kibarkan ini ialah hasil sumbangan Pos Malaysia, 'majikan' saya buat masa ini. Semua staff PMB dapat dan Datuk CEO minta kibarkan sebgai tanda patriotik warga Pos pada negara.
Saya ini walaupun bkn staff mereka, sekadar pelajar praktikal pun turut di beri 'amanah' ini, jadi mestilah amat saya hargai pemberiaan ini. Saya cukup yakin dan percaya jika semua syarikat MNC, GLC mahupun IKS yang terdapat di Malaysia ini memberi bendera percuma buat kakitangannya (tidak akan berkurang keuntungan tahunan mereka, saya jamin!) dan kakitangan pula rasa bertanggungjawab untuk mengibarkan bendera tersebut di kediaman masing-masing pasti kawasan kediaman di seluruh Malaysia 'meriah' dengan patriotisme bila bulan kemerdekaan tiba!!!
Semasa sekolah rendah dahulu, beli bendera yang ada gula-gula di dalamnya. Gula-gula saya makan, benderanya di ikat pada handle basikal. Ramai-ramai budak kampung buat begitu, bila berkayuh basikal pagi-pagi ke sekolah ibarat pasukan konvoi kemerdekaan. Tiada rasa malu melainkan perasaan bangga kerana guru-guru juga memuji. Bila zaman debat dahulu ,selalu yang menjadi persoalan "Apakah kayu ukur pihak kerajaan/pembangkang untuk mengukur semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia sedangkan ia bersifat subjektif?". Salah satu jawapannya, lihatlah pada perilaku, sikap dan tindakan rakyat kita dalam memelihara dan mengharumkan nama negara. Bukan asyik membusukkan nama negara di dalam dan di luar negara, itu pengkhianat!!! Saya harap tiada juga Mamat Indon yang cabut bendera saya pasang ini dan di pijak-pijak, memang nak kena tembak dengan senapang gajah.
SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 53 "SATU MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI"..MERDEKA!!!..MERDEKA!!!..MERDEKA!!!
0 comments:
Post a Comment