Friday, July 23, 2010

Pemikiran dua alam

Hidup adalah perjalanan, jadi kita kan merasa pelbagai keadaan sepanjang perjalanan hidup ini kita jalani. Saya kini sudah boleh dikatakan telah hampir melepasi zaman pelajar, pemikiran kini lebih fokus kepada soal kerjaya dan masa depan. Dahulu masa belajar saya hanya fikir tentang dua perkara saja, akademik dan kokurikum. Akademik untuk saya pastikan saya dapat menamatkan pengajian nanti dengan PNGK yang di banggakan. Saya bukan terlalu Mat Jenin ingin bergraduasi dengan Ijazah Kelasa Pertama, saya sedar di mana kemampuan diri dalam akademik. Saya ada target,jadi ingin berusaha untuk capai target itu..jika dapat lebih saya bersyukur, jika cukup2 dapat apa yang saya inginkan pun saya turut bersyukur. Tiada langsung kecewa sebab kita sudah gapai sasaran kita.

Kadang-kala manusia terlalu melampau dalam meletakkan target atau keinginan mereka. Misalnya ada ibu bapa yang sanggup mencari pelbagai air penerang hati untuk anaknya untuk pastikan anaknya dapat 10A1 dalam SPM misalnya. Tujuan mereka baik untuk lihat anak berjaya, tetapi kalau selama ini peperiksaan di sekolah pun cukup2 makan. Tidak adilla terlalu meletakkan target setinggi itu. Saya bukan menafikan kekuasaan Allah (KUN FA YA KUN) dan memperlekehkan ikhtiar manusia jika benar takdir dari Nya anak si polan akan dapat 10A1 (walaupun selama ni xpernah dapat A pun). Apa yang ingin saya tekankan berpadalah dalam meletakkan target, ukurlah baju di badan sendiri. Dan berusahalah ke arah itu dengan cara sebaiknya.

Apa yang saya target di dalam akademik dan pencapaian saya dalam kokurikulum di Universiti, saya sudah capai. Sama ada ia adalah kejayaan peribadi ataupun bersama rakan-rakan yang lain. Nawaitu saya dahulu apabila saya tinggalkan Universiti tercinta ini, saya dapat sumbangkan sesuatu untuknya menggunakan bakat anugerah Allah ini. Prinsip saya di mana bumi di pijak di situ lagi di junjung. Berbudi di mana kita berada. Walaupun adakalanya kerana anugerah penghargaan yang saya terima membuatkan ada individu lain mentafsirkan saya seperti mengambil kesempatan ke atas mereka. Akhirnya membawa kepada permusuhan, sedangkan hakikatnya saya tidak langsung mengambil kesempatan atau mempergunakan orang lain untuk kejayaan dan harumkan nama sendiri. Kerana salah faham membuatkan sesuatu yang saya 'sayang' di Universiti dahulu saya terpaksa tinggalkan untuk kebaikan masa depan yang 'tersayang' itu. Saya pun sudah tidak ambil pusing lagi

Kini saya mula fikirkan tentang kerjaya, di mana nanti akan saya bekerja untuk membina kerjaya dan pendapatan yang baik. Kejayaan yang saya perolehi dahulu tidak lagi boleh di jadikan bantal empuk untuk menjadi modal bermimpi indah. Sekarang adalah soal rezeki dan usaha mendapatkan kerja yang bagus. Setiap hari saya berkira-kira tempat kerja yang boleh saya mohon bermodalkan akademik dan pencapaian kokurikulum dahulu..Saya sentiasa berdoa untuk tidak lama menganggur selepas tamat praktikal ini, moga ada rezeki kerja dari Allah selepas ini. Tapi sambil-sambil praktikal di sini, saya juga mencari 'kabel' kerjaya. Saya cari kabel dengan cara baik, bukan mengambil kesempatan..bukan mengambil kesempatan. (sensitif benar saya bila di tuduh sebegini). Peluang untuk kerja di tempat praktikal ini insya Allah ada, staf di sini pun selalu mendoakan saya dapat kerja di sini (Setiap hari kot mereka menyakat saya dengan gelaran pegawai)

Ada tanggungjawab yang perlu saya tunaikan pada ibu dan ayah bila sudah bekerja. Ia bukan bebanan tetapi saya laksanakan sebagi balasan budi dan kasih mereka selama ini (hingga hari ini masih lagi di sayangi, tidak pernah kurang..sebab anak bongsu sama kot,hehe)

0 comments:

Post a Comment