Ini kisah tentang seseorang yang mula saya kenali semasa belajar di sekolah menengah dahulu. Kali pertama melihatnya ketika menyampaikan eramahnya di dewan sekolah, dalam hati terdetik "Betul ker orang tua ni?boleh percaya ke kelayakan dan gelarannya?" dan macam-macam lagi persoalan negatif yang berlegar dalam fikiran. Mungkin semuanya berpunca dari cara pemakaianya..hanya jubah lusuh, lebai di kepala dan troli kecil yang berisi pelbagai bahan bacaan ilmiah. Inilah silap saya ketika itu memandang pemakaiannya semata-mata tanpa mahu memandang 'nilai ilmu' yang beliau ingin sampaikan.
Itu cuma kali pertama ketika bersua dengannya, tetapi selepas itu bila insan ini hadir ke sekolah, menyampaikna ilmunya di dewan ataupun di surau tiada lagi pandangan negatif itu padanya. Dialah Cikgu Halim, tapi itu dulu..kerana dia pernah mengajar Matematik. Kemudian berhenti mengajar kerana ingin berkongsi hasil kajiannya berkaitan keajaiban otak kiri dan kanan. Lebih tepat hasil kajian beliau banyak berkisar kepada DAUN. Ya daun, katanya sehelai daun mempunyai banyak rahsia terutama berkaitan dengan ilmu matematik. Kerana itulah saya menggelarnya Tok Daun (sampai kini saya gunakan gelaran itu padanya bila bercerita pada kawan2). Setiap kali beliau habis sampaikan ceramah pasti saya akan mencuri sedikit masa berbual-bual dengannya.
Seperti saya katakan di awal tadi, bila melihat cara pemakaian dan bahan bantu pengajarannya yang 'miskin' serta gelaran yang di gantung di lehernya "SAYA KETUA SAINTIS DUNIA" pasti menimbulkan rasa jelik. Tapi bila mendengar syarahannya dan bukti-bukti kajiannya pasti akan menerbitkan rasa kagum, malah kisahnya juga pernah di paparkan dalam majalah MASTIKA dan akhbar arus perdana. Hari Jumaat yang lalu saya ketemu semula dengannya, Cikgu Halim menyampaikan ceramahnya di depan Masjid Negara. Tetap mengenai otak kiri, kanan dan daun. Seperti biasa 'kuliah'nya sentiasa menarik khalayak untuk mengelilinya dengan pelbagai reaksi (ini normal)
Selepas habis menyampaikan ceramah, sebelum menunaikan solat Jumaat saya terus menyapanya " Assalamualaikum pakcik, lama tak jumpa. Ada lagi tak datang Azlan sampaikan ceramah?". Dia tersenyum memandang saya"Dah lama saya tak datang Bota (SMKASAS). Lagipun Ust Suhot (arwah) pun dah bersara pengetua di situ". Terbit rasa bangga di hati kerana dia masih mengingati sekolah dan saya. Perbualan selepas itu berkisar mengenai kajiannya dan kenangan mengikuti ceramahnya di Azlan dahulu. Mungkin pelajar SMKASAS kini tidak berpeluang merasa kagum dengan 'penemuannya' serta ilmu Matematiknya yang bukan calang-calang. Sehinggakan dahulu ada seorang kawan sekelas saya yang pandai sangat Add Math (sentiasa 90 markah ke atas) kerana di katakan belajar 'rahsia Matematik' darinya semasa di dalam bas untuk pulang ke kampung., benar atau tidak Wallahualam. Tapi Cikgu Halim tetap seperti dulu, gaya penampilannya tetap tidak berubah..dulu, kini dan mungkin selamanya.

0 comments:
Post a Comment