Saya tidak pasti kini anggapan golongan wanita samada mereka bertudung itu kerana dia mengikut tuntutan agama (kewajipan) ataupun ia ikutan fesyen kini. Kalau kerana agaman, Alhamdulillah. Dahulu semasa di PASUM ada seorang sahabat saya (wanita) meminta saya menasihati teman istimewa saya (kini bukan istimewa lagi) supaya pakai tudung elok-elok,kita kan budak SMKA. Secara tersirat mintak pakai tudung macam dia... L.A.B.U.H. Jadi nampak sungguh Muslimah dan ALIM dan kekal identiti SMKA itu. Mudah kata "aku ni lagi 'baik' dari teman wanita ko tu". Tapi sekarang melihat gambarnya di Facebook dia pun sudah pakai tudung 'kecik' nampak dada, baju ketat nampak body, bergambar pun rapat-rapat dengan lelaki (mungkin teman lelakinya) sedangkan dulu itula yang die benci dan anti. Saya senyum sinis dan rasa nak sekeh jer kepalanya bertubi-tubi kalau dapatla.
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Harus di ingat saya tidak memperlekehkan wanita yang bertudung labuh ya. Saya hormati mereka kerana istiqamah dengan memakai tudung labuh. Cuma harus juga sikap, perwatakan, percakapan dan perlakuan seharian melambangkan refleksi dari pemakaian tudung labuh itu (baik-baik la semuanya). Sebab ada juga yang bertudung labuh lebih 'ada-ada' ragamnya dari yang bertudung kecik ni. Tepuk dada tanya selera.
0 comments:
Post a Comment