Maaf agak lama membiarkan blog ini sepi tanpa sebarang berita. Demam Piala Dunia dan keletihan selepas pulang bekeraja, agak membataskan ruang untuk menulis di sini. Mujurlah saya pergi kerja setiap hari dengan menaiki Putra sahaja, jd kurang la letihnya dan perlu 'berhempas pulas' mengharungi kesesakan jalan raya dan cuaca yang tak menentu. Tapi rutin seharian selepas pulang kerja ialah menonton The Nanny di saluran Hallmark. Memang menghiburkan.
Pantas benar masa berlalu, benarlah menuju akhir zaman ini masa begitu pantas bergerak. Kadang kala ia memintas tanpa sempat kita kejar dan isi dengan amal yang berfaedah. Sudah hampir sebulan saya berpraktikal di Pos Malaysia, lebih tepat Unit Akauan dan Perniagaan Antarabangsa dan selama itu bermukim di PJ. Macam satu putaran yang unik, dulu semasa belajar di Asasi UM, saya datang rumah sewa di PJ sebab abg sulung saya tinggal sini. Kini saya datang dan menetap di rumah ini di bilik yang sama bersama abg no3 saya (abg last).
Minggu terakhir ini juga banyak peristiwa penting berlaku. Tapi paling penting ialah keputusan peperiksaan sudah keluar di ewadi. Alhamdulillah, keputusan peperiksaan yang menggembirakan saya, 4 semester terakhir dapat mengekalkan keputusan yang bagus amat penting untuk memberi keyakinan pada diri untuk menempuhi alam mencari pekerjaan nanti. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang boleh di banggakan oleh diri saya sendiri berkaitan dengan pencapaian akademik bila keluar dari USIM ini nanti.
Minggu ini juga saya di beri tanggungjawab mempengerusikan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Kebajikan Islam Pos Malaysia Ibu Pejabat. Inilah pengalaman pertama saya menjadi pengerusi majlis di sini, dapat sempurnakan tanggungjawab dengan sempurna di tempat baru. Pengalaman semasa di USIM dahulu begitu berguna . Kembali berbicara tentang akademik, saya ini sudah menjadi penghubung tak rasmi sebarang berita dari fakulti untuk di khabarkan kepada rakan-rakan. Yelah, kami yang menjalani praktikal pada semster ini merupakan kumpulan 'istimewa'hehe. Masih ada sedikit masalah kecil yang perlu di selesaikan dengan Bahagian Akademik berkaitan jam kredit keseluruhan dan PNGK, mujurlah Pegawai di Fakulti banyak membantu dan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini. Sedih dan simpati juga pada rakan yang perlu repeat semula subjek tertentu kerana gagal dan ada yang terpaksa mengundur diri dari USIM kerana GDB (Gagal dan di berhentikan) walaupun sudah di semester akhir.
Jika saya ada maklumat dan jawapan kepada pertanyaan yang di tanya, saya akan jawab dan terangkan. Jika tidak pegawai fakulti lah menjadi rujukan. Berkaitan GDB, itu adalah muktamad dan jarang sangat-sangat rayuan untuk meneruskan pengajian di terima. Lulus Bersyarat (LBS) iaitu mendapat PNGS di bawah 2.0 dua semester berturut-turut pasti GDB adalah status yang akan di perolehi. Sudah 2 orang rakan seperjuangan menamatkan pengajian sebelum masanya kerana GDB, kini seorang lagi...
InsyaAllah saya akan berjaya menamatkan pengajian di sini walaupun terlepas konvokesyen pada tahun ini. Pernah melalui 2 ujian besar yang hampir membuatkan saya 'terhenti' pengajian banyak mendidik diri ini. Tetapi ada hikmahnya juga Allah memberikan saya ujian ini, ia menjadi saya lebih serius dalam menyeimbangkan antara akademik dan kokurikulum. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yang tidak mampu di tanggung oleh hambaNya, dan ujian juga sebagai tanda kasih Maha Pencipta. Kini saya sudah lihat hasilnya dari ujian itu..hanya satu dapat di simpulkan, syukur alhamdulillah.

0 comments:
Post a Comment