Tuesday, May 18, 2010

PT 5231 Tinggal Sejarah


Walaupun ia sekadar rumah sewa, tapi rumah ini banyak maknanya pada penghuninya (lebih tepat bekas penghuninya), lebih kurang 3 tahun saya dan rakan-rakan berteduh di sini. Idea menyewa di luar ini timbul dari Cepul dulu masa itu si penghujung semester 2 Tahun 1 atas dua sebab. Pertama kerana pada masa itu hostel di Camelia Court, jadi jauh untuk ke kampus. Lebih muda sewa di Anggerik, dekat sangat. Sebab kedua sebab ada rakan lain yg nekad duduk luar dan sudah dapat rumah sewanya, jadi kami pun ikut jugakla duduk luar. Allah permudahkan jalan kami cari rumah ni dulu, pusing-pusing Anggerik terjumpa Uncle Lim, owner rumah ini sedang cat pagar rumah. Saya turun bertanya, dia setuju seakan dengan harga RM35O. 1 Jun 2007 bermulalah kehidupan rasmi TERUNA-TERUNA FST.
Satu-satunya bilik di tingkat bawah. Inilah bilik Nabil Fikri aka Paiman. Kami panggil bilik puaka sebab tak macam bilik pun dia buat. Tapi walaupun puaka ini gelanggang utama FIFA dan PEST
Master bedroom. Bilik ni luas cukup untuk 3 orang jadi penghuni awalnya ialah Cepul, Adam dam Muzakir. Kemudian penghuninya bersilih ganti iaitu Fazrullah, Syazwan dan Hariz, cuma Cepul yang kekal yang sampai ke akhir. Inilah pawagam kami dan pusat download sebab komputer Cepul MANTOPP.
Inilah bilik saya seorang, ketua rumah kena bilik sorang,hehe. Seingat saya cuma 2 kali jer saya buat ubahsuai kedudukan barang-barang dalam bilik nih. Sebab bilik kecil xbanyak aksesori boleh di tambah
Bilik kedua besar. Penghuninya adalah Azfar dan Dzul. Dua2 orang ni suka betul datang buat kecoh kat bilik saya, nak pulak Azfar, pantang tengok saya senang. Boleh di katakan nisbah kekerapan dia masuk bilik saya adalah setiap 5 minit,haha..Bila Azfar dan Dzul praktikal, Shahril @Bapak dan Shahir@Papus yang menjadi penganti.
Ruang tamu ini banyak memori. Tengok bola ramai-ramai sebab kami ada ASTRO, menonton Manjalara, Bella termasukla Adamaya baru-baru ni. Buat kenduri-kendara, BBQ, temat tidur jugak dan macam-macam lagi yang kami buat disini. Mudah kata di sini lah kami berkumpul dan berhibur mengeratkan silaturrahim
Dapur bujang. Sekejap jer bersih dan terurus, banyak bersepah jer. Tapi masak tetap masak kat sini selagi tak mati keracunan.

Kini semua tinggal kenangan sebab semalam 17 Mei saya sudah pulangkan kembali rumah ini pada tuannya. Kenangan bersama-sama penghuni rumah ini akan tetap bersemadi dalam memori warganya. Terima kasih buat mereka pernah menghuni di sini samada lama atau sekejap.


Disini kami merasa suka dan duka: Zaini, Dzul, Apow, Paiman, Adam, Hariz, Pokboq, Bapak, Papus, Muzakir, Faz dan Us. Amir

0 comments:

Post a Comment