Berkongi pelbagai cerita bersama adik-adik
Minggu lalu bermula 7 hingga 9 mei saya berkesempatan menyertai program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) bertempat di Kg Bongek N.Sembilan anjuran Jawatankuasa Sireh Pulang Ke Gagang Kg Bongek dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia, Pejabat DUN Kota dan PPD Rembau. Ini OPKIM kedua saya bersama Kg Bongek, tahun lalu mereka bertandang ke USIM dan kini di beri kesempatan bertandang ke tempat mereka pula.
Saya di beri tanggungajwab bersama adik2 exco baru dan ex exco kelab debat mengendalikan pertandingan pidato peringkat saringan dan akhir. Banyak juga pelajar berbakat di sini rupanya, tahniah kepada SK Kg Batu yang muncul Johan dan Naib Johan dan SK Bongek di tempat ketiga. Diminta menjadi pengacara majlis adalah sesuatu yang saya tidak dapat lari, hatta di OPKIM ini pun masih di minta menjadi MC 'terjun' secara tiba-tiba termasuk untuk majlis penutup. Ini satu penghormatan bagi saya jika di minta menggalas tanggungjawab itu, ini bakat kurniaan Allah saya gunakan sebaik mungkin.
Menjadi hakim saringan pidato bersama Izzati dan Qaiyum
Terharu juga bila Guru Besar SK Bongek (Kak Ti) begitu menghargai kedatangan saya dan masih mengingati diri ini. Terkejut juga bila dia memanggil nama saya dan mengucapkan terima kasih kerana membantu pelajarnya tahun lalu dalam UPSR (terlalu besar ucapan terima kasih itu kerana saya hanya mampu 'follow up' pencapaian akademik Faiz dan Diyana sahaja selepas berakhir OPKIM 2009 dulu ). Tetapi bagi saya SK Bongek ini walaupun hanya sekolah kecil (tak ramai pelajarnya) , tetapi cita-cita guru dan pelajarnya sungguh besar untuk cemerlang!!
Saya rasa inilah program terakhir yang saya sertai di USIM, lebih tepat bersama HEP kerana selepas ini tiada lagi peluang itu rasanya. Komitmen pada latihan industri tidak memungkinkan untuk terlibat dengan aktiviti sebegini lagi. Berkampung di Bongek, saya berkesempatan bertemu dengan adik2 yang pernah mengikuti OPKIM di USIM sebelum ini. Sudah besar rupanya adik Faiz ni (sekarang Form1 di SMKA Pedas), bagi adik Diyana( Form 1 di Sekolah Sains Tengku Jaafar) pula hanya mampu melepaskan geram dan rajuk pada saya melalui panggilan telefon kerana tidak dapat pulang ke Bongek untuk bertemu. InsyaAllah jika berkesempatan akan bertemu di lain kali.
Banyak aktiviti di jalankan dah bersifat ilmiah seperti Forum Agama "Guru Disanjung Ilmu Dijunjung" (bertemu Sifu saya Hariri Daud yang menjadi moderator), Seminar Kecemerlangan UPSR buat pelajar Tahun 6, Sukaneka, pemeriksaan kesihatan (berkesempatan melakukan pemeriksaan tekanan darah, aiyooo 130!) dan ceramah kekeluargaan.
Menjalani pemeriksan tekanan darah, agak fobia dengan jarum sebenarnya(untuk cek kandungan gula dalam darah)
Adik-adik SK bongek yang memang sporting dan mesra
Akak dan abang fasilitator tersenyum girang
wahh!! semangat
ReplyDelete