Tulang belakang MAFAST 2010
Terima kasih daun keladi saya ucapkan buat ajk pelaksana MAFAST kali ini, secara tradisinya ia akan dikendalikan oleh junior2 tahun 3 FST.Anda semua sudah berikan yang terbaik untuk majlis kami. Nampak mudah tapi tak semudah itu bukan? 5 bintang untuk anda semua. Tahun lalu saya bersama rakan2 yang lain mengendalikan majlis ini untuk senior di Hotel Pan Pac KLIA, kini tiba giliran kami pula di raikan di Hotel Equatorial Bangi (14 Mei) . Memang banyak momental indah pada malam ini. Jadi antara yang ingin saya kongsikan barang sedikit dua:
1.Budak lelaki awalnya mahu bergerak menaiki bas . Dzul kata buat jd kenangan merasa naik bas USIM buat kali terakhir. Tapi last2 bergerak konvoi dengan 3 buah kereta milik Dzul, Mujahid dan Azfar. Bak kata Mujahhid "Nnt aku kaya aku sewakan sebuah bas USIM, kita naik la puas2"
2. Tak ramai sebenarnya lelaki dalam batch kali ini, cuma 2 meja sahaja. Biasalah di mana-mana IPT pun begitu kan. MAFAST kali ini bertema retro, tapi bila tengok style budak laki macam koboi dan perompak pun ada, mangsa fesyen sendiri. Tapi budak popuan memang pandai begaya la, mana-mana dinner memang macam tu pun. Memang meletupzz
3.Selama 4 tahun belajar, inilah kali pertama saya baca sajak. aduiii..thanks pada Faiz sebab sediakan minus one. Memang kekok la kan, dah la depan Dato VC dan Dekan. Paling buat gugup sebab Mr Mohri.
4. Persembahan nyanyian lagu oleh Faz aka adik bucuk dan Atiqah dari program Biotec memang mengimbau kenangan filem Man Laksa. Nyanyian Pelangi Petang dari Ang Irwan, staff FST memang tak pernah mengecawakan..cukup touching
5.Rasa terharu bila di umumkan penerima Anugerah Kepimpinan dari FST. Inilah anugerah kedua yang amat bermakna selepas menerima Anugerah yang hampir sama oleh Universiti di AKSIS awal tahun lalu. Alhamdulillah. Tahniah juga pada rakan2 penerima anugerah yang lain iaitu Boss (Dedikasi), Faiz Aziz (Kokurikulum) dan Pok Leh (Akademik) yang diwakili oleh 'abgnya' Cepul. "Tahniah Zaini atas anugerah tu" ucapan dan salam dari Prof Dato Dr. Muhamad Hj Alias semasa kami mengambil sesi fotografi rasmi bersama rakan2 FM yang lain.

Menerima Anugerah Kepimpinan dari Y.Bhg Prof Dr. Bachok M . Taib
Dari kiri : Aiezatt akak Boss, Faiz Aziz, En Razak (Pensyarah Kanan), Zaini dan Cepul
6.Tahniah buat Mujahid yang dipilih menjadi Prince pada kali ni. Fesyen Yakuza dia memang menarik. Malam ini boleh dikatakan sebagai malam untuk dia kerana Princessnya adalah Fadhrina, rakan sekelas saya. Hasratnya selama ini untuk bergambar dengan Ina di terbalas juga, mesti tidur senyum jela seminggu nih.haha
Prince dann Princess menerima kalungan dari Dato NC USIM sambil di perhatikan Dekan FST
7.Selepas habis majlis, bermualalh sesi fotografi. Memang macam2 gaya dan gelagat la tak kira saya mahupun rakan2 ketika mengambil gambar. Iyalah, inilah majlis terakhir untuk mereka bergambar secara gila-gila. Majlis konvo nanti tak dapatla nak buat macam ni kan.
8. Kuar dari hotel sekitar jam 12, budak2 laki teruskan sambutan malam masih muda dengan menonton Iron Man 2 di GSC Alamanda Putrajaya. Bis muvi, semua jadi kebulor balik, lepak makan dan minum di As Salam INTI. Pukul 4.30 pagi baru sampai..uiiii letihnya..
9. Majlis ini juga cipta rekod peribadi sebab saya masih tiada rezeki bila melibatkan acara cabutan bertuah. Rasanya memang sejak sekolah lagi memang tak pernah merasa dapat hadiah cabutan bertuah ni. Kecik-kecik dulu beli keropok tikam pun tak pernah kena..haha. Redho jerla
Buat rakan-rakan FM yang selamanya akan di ingati iaitu Yda, Jannah, Mija, Yaya, Aiman, Sue, Syeka, Aimi, Auni, Ina dan Hanan (masih menjalani praktikal di Sydney). Mereka yang banyak membantu saya melalui hari-hari pengajian yang sungguh mencabar dalam program Financial Math ini. InsyaAllah, jumpa di Majlis Konvo..akan saya usahakan untuk ketemu antum semua di sana nnt.
Kumpulan Perintis program FM . 11 perempuan, HANYA 2 sahaja lelaki ( Tiada dalam gambar Hanan dan Mabrur)
0 comments:
Post a Comment