Sekarang nak bukak FB tak boleh sekerap dulu lagi, sebab dah takda lagi capaian internet 24 jam macam dulu. Bukak FB terpapar satu album gambar junior-junior saya kembali ke sekolah untuk meraikan hari guru mungkin. Seorang sahabat tiba-tiba mesej di FB dabn bertanya "Tak pulang ke sekolah baru-baru ni meraikan hari guru?". Saya jawab "Tiada keinginan lagi sebab dia masih ada di sana, hati tawar..dia tiada baru ada hati nak melawat balik"..
Bukan saya tidak sayang guru-guru saya yang masih di sana mendidik di sana mengucapkan selamat hari guru, bukan tidak meluap-luap rasa dalam hati untuk 'kembali' ke sekolah. Tapi kerana dia, saya pendamkan semua hasrat ini. "Maafkan la kesilapan dia" kata junior saya. Kesilapan yang sengaja di jaja yang mengaibkan nama saya. Tidak mudah untuk di maafkan sampai hilang hormat saya padanya kerana tingkah lakunya itu. Bak kata rajuk Tun Mahathir dulu "Pak Lah tak jadi PM baru saya masuk UMNO balik". Saya pun macam tu juga, bila dia tiada (pindah sekolah/pencen) baru saya kembali ke situ semula dengan rela hati dan berlapang dada.
0 comments:
Post a Comment