Sebuah sekolah yang begitu bermakna dalam hidup saya kerana dedikasi pendidiknya sukar di cari ganti. SMKA Kluster pertama di Perak!! (Banner sempena sambutan 25 tahun SMKASAS)
Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan hari yang bermakna buat guru-guru. Itulah hari istimewa buat mereka, sejak 1994 (Darjah 1) hinggalah 2004 (Form 5) saya berpeluang menyambut hari guru ini secara dekat. Bila masuk matrikulasi dan Universiti tiada sambutan hari guru di tempat ini, mungkin kerana guru-guru disini dikenali sebagai pensyarah/tutor ataupun kerana guru sinonim untuk di sambut di sekolah sahaja.
Apa-apapun, sekali mereka menjadi guru saya, selamanya akan saya hormati dan sanjung mereka sebagai guru dan juga insan yang banyak mendidik diri ini bukan sekadar mengenai kecemerlangan dalam akademik, tetapi erti sebuah kehidupan. Selamat hari guru saya ucapkan buat guru-guru yang pernah mengajar saya di SK Tan Sri Ghazali Jawi, SMKA Sultan Azlan Shah, Pusat Asasi Sains UM dan USIM kini
Semua guru istimewa di hati saya dan di antara mereka ada yang paling teristimewa. Ada di antara mereka yang masih saya berhubungan hingga kini. Sampai kini saya berpegang dengan pesanan Ustazah di sekolah rendah dahulu. Jika hendak berjaya berbuat baiklah pada cikgu, sesungguhnya keredhaan guru-guru akan memberi keberkatan pada ilmunya dan kejayaan terutamanya semasa peperiksaan.
Kini ada juga rakan-rakan saya yang menjadi guru dan dalam adik beradik saya pun ada juga. Semoga mereka menjadi guru yang terbaik buat para pelajarnya dan sebaik guru-guru yang pernah mendidik mereka dahulu
~SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA PENDIDIK DI MALAYSIA~
0 comments:
Post a Comment