Friday, May 28, 2010

Agak sibuk sekarang ini

Semakin dekat tarikh untuk saya memulakan praktikal makin banykala urusan perlu saya uruskan terutama berkaitan kelengkapan diri dan kesihatan. Masalah alergic kulit saya masih belum sembuh sepenuhnya, jadi kenala siapkan ubat-ubatan yang berkaitan awal2 disini. Sebabnya ketika disini ambil ubat2 ini masih percuma sebab ambil di klinik panel USIM. Nanti di PJ saya tidak tahu ada atau pun tidak klinik panel USIM dan kalau beli di Farmasi tentu tinggi kosnya.

Esok (Jumaat) abg saya akan datang ke Nilai untuk mengambil saya dan segala barang2 yang patut di bawa untuk berpindah ke rumahnya di PJ Old Town. Sepanjang praktikal akan tinggal bersamanya (jimat belanja) lagipun bilik bujangnya memang power sebab lengkap semua kemudahan hiburan.

Jadi memang saya tidak ada kesempatan untuk kerap update berita di blog ini. Maaf kepada para pengunjung blog ini jika posting di blog ini jarang terkini pengisiannya. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini.

0 comments:

Post a Comment