
Memang panas, itulah yang boleh saya katakan mengenai kedua-dua tempat ini. Di USIM kini panas kerana masalah penginapan pelajar untuk sesi hadapan, hampir 1000 orang saya dengar khabar tidak dapat tinggal lagi di Kolej Kediaman. Perkara ini mula menjadi barah apabila di saat pelajar sedang menduduki peperiksaan, otak dirungsingkan lagi untuk mencari penginapan luar a.k.a rumah sewa yang belum pasti kedapatan.
Saya semenjak Tahun 2 pengajian secara sukarela tinggal dirumah sewa, mudah dah dekat dengan kampus. Tapi kini tidak macam 3 tahun dulu, rumah kosong untuk disewakan berhampiran USIM (Desa Anggerik dan Jati) ketika itu boleh dikatakan bersepah untuk disewa, kadar bayaran pun murah. Sekarang semuanya sudah 'tepu' dan mahal, jauh dari kampus memang masih melimpah ruah saya rasa, tetapi dari segi keselamatan dan pengangkutan ke kampus pasti sesuatu yang sukar bagi siswi terutamanya.
Masalah kekurangan penginapan ini berlaku atas pelbagai sebab, antara punca utama adalah pengambilan pelajar sesi hadapan yang ramai menyebabkan kemudahan penginapan menjadi terhad, natijahnya 'abang dan kakak' harus dikorbankan. Kolej Kediaman baru masih belum dapat diduduki pada waktu itu, jika tidak mungkin bilangan pelajar yang disingkirkan tidak seramai ini.
Suasana juga tidak menjadi panik sebegini jika Pengurusan Universiti memaklumkan lebih awal senarai pelajar yang tidak dapat tinggal di hostel (mungkin awal April), jadi mereka mempunyai masa untuk membuat rayuan dan mencari penginapan alternatif. Tetapi bila dimaklumkan ketika hampir tamat semester taktala sedang pelajar di uji dengan peperiksaan, kekangan kewangan dan tempoh masa pengosongan asrama yang singkat. Pasti ia akan membakar perasaan amarah, tidak puas hati pihak ini. Bak kata pepatah "Berat mata memandang, beratlagi bahu yang memikul". Saya doakan ada penyelesaian terbaik yang boleh diperolehi dalam masa terdekat dalam hal ini
Di Hulu Selangor panasnya berbeza, jika di USIM melibatkan mahasiswa/i disini pula memang mencari nahasla siswa/i yang ringan tulang ingin terlibat sama dalam kempen pilihanraya kecil parlimen di sini. Kurang 2 jam lagi tempoh berkempen bagi BN dan PR tamat dan kurang 24 jam jugalah nasib kedua-dua calon akan ditentukan oleh pengundi di sana
Saya mengikuti rapat perkembangan di HS melalui maya sahaja, mudah kata blog-blog yang memaparkan corat-coret disana samada sumbernya dari pro kerajaan atau pembangkang. Bukankah menerima berita dari dua sumber itu lebih baik dari bertaklid buta mempercayai dari satu sumber sahaja. Tidaklah di katakan sebagai pengikut 'totok' dan bebal. PRK ini ujian getir bagi kedua-dua pihak, ia berkaitan dengan sokongan rakyat. Di satu pihak kemenangan ini memberi makna besar bahawa gelombang 1Malaysia sudah makin diterima manakala di pihak satu lagi ia memberi 'harapan baru' buat mereka bahawa rakyat masih bersama menuju Putrajaya setelah di ulit dengan pelbagai masalah dan krisis keyakinan dalaman dikalangan ahlinya.
Ketika masa semakin singkat, kedua-dua pihak mencuba pelbagai cara bagi merubah hati pengundi. Dato Seri Najib berduet buat kali pertama dengan Tun Mahthir di atas satu pentas bersaksikan penduduk Taman Bunga Raya manakala Anwar membuka langkah silat bersama Tok Guru dan rakan-rakan lain di Kuala Kubu Baru. Tapi saya amat pasti,kedua-dua calon iaitu Dato Zaid dan P.Kamal tidak akan tidur nyenyak sampai pengumuman keputusan pada esok malam. Saya doakan calon ini menang dan selamat berjaya untuk beliau. (pilihan saya adalah rahsia,hehe)
0 comments:
Post a Comment