Wednesday, April 28, 2010

Tamat.Cukuplah.Moga tiada lagi.

".....perbuatan ini samalah seperti meniru atau memberi tiru, pelajar yang tertangkap akan dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib Universiti............."

Hari ini kali terakhir saya akan mendengar amaran ini dari pengawas peperiksaan(hampir 4 tahun mungkin) . Tepat 11.00 pagi "Tamat sudah masa menjawab soalan, calon diminta berhenti menjawab...". Muktamad. Kertas peperiksaan Persamaan Pembezaan (Differential Equation), 28 April 2010 adalah kertas peperiksaan terakhir untuk peperiksaan akhir semester ini. Benar-benar yang terakhir untuk subjek ini ( ini kali kedua) dan benar-benar peperiksaan terakhir yang saya perlu duduki sebagai seorang pelajar di USIM.

Penutup yang sukar. Moga dengan usaha saya bersama rakan-rakan (Syuk, Mabrur dan Firdausil) beriktikaf mengulangkaji subjek ini bersama-sama di masjid dan berqiamulail disana, moga ada 'ganjaran' dari Allah SWT untuk subjek ini dan subjek-subjek lain telah saya duduki.Harapnya tiada lagi peperiksaan untuk subjek ini yang perlu saya tempuhi.

Bersedia pula untuk 5 bulan Latihan Industri bermula 1 Jun ini. Selepas itu, saya adalah GRADUAN UNIVERSITI SAINS ISLAM AMALYSIA.


0 comments:

Post a Comment