Friday, April 23, 2010

Saya sayang sekolah saya?..

Saya pun tidak mengetahui, mengapa saya perlu tulis tentang ini. Ini perkara bagi saya dah masuk tahap zaman to kadok dalam kotak pemikiran saya untuk di ungkit. Sekolah adalah tempat kita semua menuntut ilmu dan guru-guru adalah insan yang menyampaikan ilmu dengan penuh dedikasi. Di kalangan guru-guru juga ada ragamnya yang kadangkala mengjengkelkan pelajar/bekas pelajar dan membuatkan mereka bukan guru 'kegemaran' untuk di kenang dan di hargai. Saya fikir mungkin kerana guru ini masih ada membuatkan saya tidak berapa 'sayang' pada sekolah ini,cukup sekadar berbangga menjadi warga sekolah ini sebelum dia muncul.

Walaupun sekolah ini memberi banyak kenangan manis yang tak ternilai bagi saya, pelbagai kejayaan saya kecapi disini tetapi dia tidak terlibat pun barang sekelumit dalam hal ini. Benar, orang berkata 'orang tua' perlu di hormati, tetapi jika orang tua pula tidak tahu menghargai budi dan bakti, bagaimana? Mungkin selepas dia tiada baru saya 'berselera' untuk menatap kembali dan menyayangi sekolah ini secara dekat. Memang ayat ini umpama saya berdendam (mungkin ya, mungkin tidak atau 50:50) tapi yang penting saya sayang guru-guru saya (Terutama Ckg A n J) kecuali dia (Dia pernah mengajar saya ke?). Sekian
* 'Dia' yang saya maksudkan boleh merujuk pada seorang, dua atau segerombolan.

0 comments:

Post a Comment