Thursday, April 15, 2010

Mencari damai di kampung halaman

Curi-curi masa ke Cyber Cafe untuk membaca pblog-blog kesukaan saya dan update sedikit entry dalam blog ini. Tenang dan seronok berada di kampung bersama mak ayah dan beberapa ekor kucing yang comel. Emak cakap inilah anak-anak emak kaki empat yang jadi peneman bila anak-anak semua dah duduk jauh-jauh. Tapi saya kagum dengan emak dan ayah boleh 'didik' kucing-kucing di rumah jadi sebegitu manja dengan mereka. Melihat telatah Muning dan Bulat, aduiii..memang rasa nak cekik, gomol, pijak dan macam2 lagi sebab 'geram'. Sebab itu saya sudah berazam, bila sudah bekerja dan sebelum kahwin ingin memiliki seekor kucing yang manja hasil didikan saya macam Garfield

InsyaAllah sabtu ini akan pulang semula ke Nilai, Isnin sudah pasti akan menghadapi peperiksaan untuk kertas pertama, Missionary Movement. Setakat ini masih menghadam nota-nota kuliah di kampung, belum habis lagi sebab kerap saja hilang fokus, ialah budak lelaki mengulangkaji pelajaran tidak macam perempuan, boleh duduk mengadap buku lama-lama sehingga satu jam. Lelaki ni paling kuat pun 15 minit, kemudian mulala merayau buat benda lain atas alasan nak rehatkan otak. Kononnya dah nak terbakar sebab banyak baca la tu, tapi tak pun..haha. Saya pun begitu jugak. Tapi yang penting sebelum masuk dewan exam sudah bersedia!!

Balik kampung ini pun ada tujuan lain, ingin berbincang dengan mak ayah mengenai pilihan tempat untuk saya menjalani latihan industri pada awal bulan Jun nanti. Bila menghadai dilema antara 2 pilihan ini, pandangan dan pilihan orang tua selalunya tepat. Ini anugerah Allah kepada ibu bapa, walaupun emak dan ayah tidak berpelajaran tinggi tetapi bila membuat keputusan untuk masa depan anaknya, ada 'sesuatu' yang mereka dapat lihat yang kita anak-anak tidak dapat melihatnya.

Keputusan emak dan ayah menolak tawaran untuk saya masuk MRSM Gerik di Tingkatan 1 dan masuk ke SBP SMAP Kajang semasa Tingkatan 4 supaya saya terus kekal belajar di SMKASAS begitu banyak kebaikannya. Membetulkan keputusan silap saya dahulu yang hampir-hampir mahu menolak tawaran masuk ke KUIM (USIM) kerana ingin melanjutkan pelajaran ke institusi lain, Alhamdulillah..kini sudah berada di Tahun Akhir USIM harus saya akui, pilihan mak ayah sekali lagi tepat.

Saya sudah mendapat jawapan tempat mana yang harus saya terima untuk praktikal nanti dari perbincangan bersama mereka. Saya yakin dengan keputusan ini. Benar kata orang tua-tua dahuli "Tidak ada orang tua yang mahu melihat anak-anaknya susah, setiap keputusan yang di buat adalah untuk kebaikan anak2nya juga".

0 comments:

Post a Comment