Monday, April 19, 2010

Langkah kanan di hari pertama

Sekadar gambar hiasan

Secara rasminya hari ini bermulalah Peperiksaan Akhir Semester bagi seluruh warga USIM dan saya di beri peluang menghirup 'udara' peperiksaan di hari pertama. Saya fikir selagi manusia berdenyut nadinya di muka bumi Allah ini, selagi itu lah dia perlu menghadapi peperiksaan. Sepanjang kehidupan di dunia pasti setiap manusia melalui banyak 'peperiksaan', menjadi persoalan si polan itu bersedia atau tidak untuk menempuhi peperiksaan itu dan menerima keputusannya kelak. Didalam alam barzakh kelak pun akan menghadapi peperiksaan dari Maha Pencipta

Begitulah tazkirah ringkas dari saya,hehe.. cerita balik tentang peperiksaan hari ini. Hari pertama alhamdulillah saya 'langkah kanan' sebab dapat menjawab dengan sebaiknya ( kalau tidak sama dengan skema jawapan pensyarah itu saya tak tahu). Soalan subjektif memang perlu kemahiran 'menggoreng' yang bagus, kalo goreng tiada isinya xder faedah (umpama panaskan minyak sekawah, tapi tak buat pape, bazirkan kayu api jer a.k.a dakwat pen), kalo ada isi tapi silap gaya gorengan juga pasti bermasalah ( umpama goreng nugget sampai hitam iaitu pensyarah tak faham apa jawapan yang di tulis ). Oleh itu semasa menjawab peperiksaan, pastikan semua bahan sudah mencukupi dan di adun sebati secukup rasa mengikut sukatan (leh guna Maggi cukup rasa atau Know pasti sedap, janji halal). Hasilnya nanti pasti membuka selera untuk di tatap.

Jadi sebenarnya bila nak menghadapi peperiksaan tidak perlukan membaca buku motivasi pengarang terkemua pun untuk dapatkan tips-tips berguna, jadikan pengalaman kejayaan/kegagalan lalu sebagai panduan dan kejayaan rakan-rakan sebagai sebagai dorongan. Selebihnya adalah doa, usaha, istiqamah mengulangkaji dan tawakal. Kalau semua benda ini baru nak buat setiap kali selepas dengar ceramah motivasi, aduhhhh..susahla hidup.. LU FIKIRLAH SENDIRI
* Masih berbaki 2 subjek lagi, moga di permudahkan menjawabnya nanti




0 comments:

Post a Comment