Tuesday, April 6, 2010

'DIA' datang kembali!!

Dia datang lagi
Debaran kini kian terasa,
degupan jantung mula tidak sekata,
hidup mula tak tenang,
tidur mula tidak tenteram
makan bukan lagi untuk kenyang

Hampir tiba minggu peperiksaan akhir semester, InsyaAllah peperiksaan terakhir saya di USIM. Tiada lagi exam selepas ni (mintak2 la tiada subjek yang sangkut,amin). Selepas ini akan mula menjalani latihan industri, jiak tiada aral melintang bermula pada 1 jun 2010. Kali ini cuba ada tiga paper sahaja, kasihan juga melihat adik2 junior bila mengadu tentang jadual exam yang bagi mereka ntah apa-apa. Pandangan peribadi saya, Bahagian Akademik USIM haruslah lebih 'bertanggungjawab' dalam menyusun jadual peperiksaan, agar tiada pelajar yang 'dizalimi'.

Memang suatu yang giler bagi saya kalau subjek berat (3 jam kredit) ada dua paper dalam satu hari atupun setiap hari ada peperiksaan. Mana mungkin pelajar cukup masa untuk mengulangkaji dan bersedia dengan secukupnya. Pasti yang berkata "ahh..itu salah student tidak belajar dari awal, kalau awal2 sudah mengulangkaji pasti ok punyalah". Jawab saya mudah "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul" cakap bermodal air liur memang la mudah, letak kan diri sendri di temapat mereka, baru tau perit dan susahnya

Untuk menghadapi pepariksaan kali ini, saya akan praktikkan apa yang saya lakukan sebelum2 ini. Dekatkan diri kepada Maha Pencipta dan mohon restu doa ayah dan bonda. Alhamdulilah, hasilnya tidak pernah mendukacitakan. Bukaknkah Allah telah berfirman kepada hambaNya supaya berdoalah kepadaNya nescaya akan di makbulkan. Berdoalah seikhlas hati dan bersungguh-sungguh.

Selamat maju jaya untuk diri saya dan sahabat taulan yang akan menduduki peperiksaan nanti. Ampun maaf di pinta jika diri ini pernah menghadirkan luka dan nestapa pada diri antum sekalian.
*Ingin pulang ke kampung dahulu sebelum mula menduduki kertas pertama..moga perancangan ini menjadi kenyataan

0 comments:

Post a Comment