Thursday, March 18, 2010

Sentimental Pertandingan Akhir Piala Debat NC

Mengapa ia begitu sentimental bagi saya?

1. Ini merupakan Debat Naib Canselor terakhir yang saya terlibat. Tahun pertama sebagai pendebat, selepas itu hinggalah kini di jemput menjadi hakim bagi kategori Bahasa Melayu

2.Tahun Satu dahulu saya terlibat di pertandingan akhir sebagai Dipertua Dewan, di tahun terakhir (Tahun Empat) di beri peluang untuk memikul tanggungjawab yang sama oleh Kelab Debat.

3.Kali pertama menjadi Dipertua Dewan ia mempertemukan pasukan dari fakulti FSU (Kak Tipah, Kak Abie dan Abg Husni) sebagai kerajaan melawan FPSK (Miqdad, Faiz dan Ikhwan) sebagai pembangkang. Mereka ini senior debat saya dahulu. Di tahun terakhir menjadi Dipertua juga untuk pasukan fakulti yang sama, dengan posisi kerajan pembangkang yang sama. Cuma keputusan sahaja berbeza, dulu milik FSU kini ia memihak kepada FPSK.

4. Merasa menjadi Dipertua Dewan dengan di saksikan oleh dua orang NC yang berbeza, dahulu Y.Bhg Prof Dato Dr Abdul Shukor, kini pula oleh Y.Bhg. Prof Dato Muhamad Muda sebagai NC USIM yang baru.

5.Paling bermakna, menerima ucapan tahniah dari Tetamu Kehormat, Pegawai USIM, AJK Debat NC dan penonton yang hadir selepas selesai pertandingan akhir dan dipelawa Dato NC untuk makan semeja satu penghargaan bermakna bagi saya. Satu kepuasaan peribadi bagi saya berjaya menggalas tanggungjawab ini sebaiknya.

Selain sentimental, sekalung tahniah ingin saya ucapkan kepada beberapa individu

1. Konsintensi FSU di Debat NC sukar di gugat, berjaya mempertahankan 3 tahun berturut-turut Piala Naib Canselor satu kejayaan yang hebat. Tahniah buat anda

2. Kenangan manis buat FPSK berjaya menebus kekecewaan senior meraka 3 tahun yang lalu. Tahniah buat Qayyum Jumidey, Ammar dan Izzudeen (Pendebat Terbaik). Saya fikir bakal Doktor USIM ada 'kelas' tersendiri dari IPT lain

3. Anda sudah buat yang terbaik!! Saya tujukan buat semua AJK Pelaksana Debat NC, dengan kekangan peruntukan, anda tetap berusaha berikan yang terbaik. Memang ada yang perlu di perbaiki, tetapi mereka semua masih baru, ini sudah permulaan yang bagus bagi pandangn saya. Berilah mereka peluang untuk buktikan...

4.Tahniahlah kepada pendebat BM FST kerana layak sampai ke suku.

Catatan: Pendebat-pendebat BM Tamhidi memang mengagumkan saya. Saya 'orang luar' yang tidak kan merasa rugi jika mereka di pandang sepi, jadi 'orang dalam' buat lah apa yang patut pada mereka ini. Ini bukan berniat untuk masuk campur ye.

Kiri:FSU (Basri, Ijad dan Tengku) VS Kanan:FPSK (Qayyum, Ammar dan Izzudeen)
Penjaga masa yang banyak membantu
Kali pertama memakai jubah hakim ni. Mujur tak besar sangat
Kontigen FSU gembira menjulang Piala Naib Canselor

0 comments:

Post a Comment