Sunday, March 7, 2010

Kembara Intelektual FM 2010 : Gamit memori!

Sungguh happening!! itulah yang boleh digambarkan sepanjang 2 hari 1 malam Keluarga Program Matematik Kewangan (Financial Mathematic) berkumpul di Sanctuary Resort Cherating. Saya rasa sungguh bertuah kerana masih berkesempatan bersama beberapa rakan tahun 4 (Saya, Yda, Aimi dan Aiman) dapat berkumpul bersama adik-adik FM yang lain bermula semalam (Sabtu) dan berakhir pada hari ini. Dengan di di sertai oleh para pelajar dari Tahun 1 hinggalah 4, ia memang satu perhimpunan keluarga yang besar (3 buah bas di gunakan untuk mengangkut semua peserta nih)

Rasa terharu kerana melihat Family Day yang kami cetuskan dahulu semasa di Tahun 2 pengajian, masih kekal tradisi penganjurannya masuk tahun ke 3. Terima kasih buat adik-adik Tahun 2 yang berjaya melaksanakan tanggungjawab 'tradisi' ini dengan cemerlang sekali. Syabas Bette, Syabas!!!. Pelbagai aktiviti di jalankan, walaupun simple tetapi ia amat menarik, menghiburkan dan yang paling penting merapatkan ukhwah silaturrahim antara junior dan senior.

Kepada adik-adik dalam group saya Mr Muscle (Farhana, Farhah, Sakini, Naemah, Maizan,Arfah dan Hidayah), anugerah Kumpulan Paling Bermotivasi itu amat bertepatan sekali, haha dan terima kasih atas kerjasama yang baik sepanjang aktiviti LDK (susun gambar, istana pasir dan gula-gula tepung). Family Day ini besar maknanya, inilah masa untuk semua lebih mengenali. Kami generasi pertama seramai 13 orang ini memahami begitu besarnya erti silaturrahim, menjadi 'peneroka' kepada sebuah program baru memang banyak cabarannya. Kini bersama adik-adik semua, kita galas tanggungjawab bersama-sama mengharumkan program FM ini.

Semoga di tahun hadapan, program ini akan dapat di teruskan lagi. Jika masih ingin menjemput veteran-veteran ini, besar tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Dalam kegembiraan itu terselit sedikit kesedihan bila dalam perjalanan pulang teringat akan kunci motor dan rumah tertinggal di sana!! adui..mujur kunci spare ada di rumah sewa. Selamatttt motor gue...

Berhenti rehat di R&R Genting Sempah dalam perjalanan pergi
Gambar dulu sebelum check in bilik (2102), mujur bukan bilik 303!
Khidmat komuniti. Jom bersih pantai..kutip-kutip sampah
Sesi senaman pagi bersama En Aslam JPA3 (baju hijau)
Malam burung hantu dan BBQ..'haa..yang ni belum tidur..."
Sampan Titanic! Di luar sampan anggaplah penunggu laut..hehe
Membina Istana Pasir(Bintun nama istana nih) dengan adik-adik Mr Muscle
Keluarga Financial Math!! Ade bran???
Kumpulan Paling Bermotivasi
Belakang dari kiri: Hidayah, Sakini, Maizan, Saya, Naemah, Arfa, Farhah, Farhana)
Hadapan dari kiri : En Razak ( Pensyarah Pengiring), Reduan (Pengarah Family Day)
Jejak kenangan manisku di Pantai Cherating..

0 comments:

Post a Comment