Friday, February 12, 2010

Terima Kasih Daun Keladi

Kenangan bersama ketika mereka terlibat dalam memantau Kem Pemantapan Debat Diraja 2008

Selamat menjalan tugas di Jabatan Pendaftar mulai 1hb Mac nanti buat dua pegawai HEP yang amat saya hormati ini. En Md Ishah Rahman dan Cik Rohima, mereka lah yang banyak membantu, mengajar, menasihati, menegur dan macam-macam lagi semasa saya menjadi pendebat dan pengerusi kelab debat dahulu.

Saya fikir pelajar-pelajar yang 'aktif' bersama HEP pasti akan merasa kehilangan bila mereka berpindah nanti. Pengalaman bekerja bersama mereka adalah sesuatu yang sukar untuk saya balas. En Ishah seorang pegwai yang sempoi, tegas dan amat berbisa kata-katanya manakala Cik Rohima pula bagi saya suka tersenyum dan cool jer. Walaupun karekter yang berbeza, tapi itu keunikan mereka dan saya amat menghormati dan menjaga hubungan baik dengan mereka sehingga kini.

Semalam bila mendapat berita, saya menghubungi En Ishah, ketika itu dia masih lagi pejabat walaupun sudah malam. Saya ucapkan banyak2 terima kasih padanya di atas segala jasa dan budi baiknya pada saya, pendebat dan kelab debat terutamanya ketika saya menjadi pengerusi dahulu. Banyak juga perkara lain yang kamui bualkan dan sesekali menyakat beliau mengatakan beliau kini bertambah hebat sebab dah berpindah pejabat ke 'Putrajaya' (Bangunan Canselori) dan susahla saya nak berjumpa dan bersembang-sembang di pejabatnya lagi macam dulu sebab pejabat baru kena pakai scan kad, baru pintu terbuka (kad student sistem tak detect). Dulu di HEP ketuk pintu terus masuk jer, ada juga kadang-kala saya main redah jer masuk.

Terima kasih daun keladi saya ucapkan buat kedua-duanya dan selamat maju jaya bertugas di jabatan baru nanti. Di akhir perbualan semalam En Ishah masih sempat memberi nasihat pada saya dan mengucapkan terima kasih , "Saya percaya dengan kemampuan Kelab Debat, tanpa saya dan Cik Ima nanti insyaAllah semua kerja masih boleh berjalan macam biasa sebab exco-exco yang ada kini boleh dipercayai, ini semua kerana didikan exco-exco terdahulu juga..." Setiap pertemuan pasti kan ada perpisahan..

0 comments:

Post a Comment