Tuesday, February 9, 2010

KOTA BHARU, 9 Feb: “Itu keputusan mahkamah seperti mengakui rampasan kuasa yang berlaku di Perak dan bukannya melalui pilihan raya,” kata Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Oleh itu beliau meminta rakyat di seluruh negara khususnya Perak memprotes sekurang-kurangnya dengan cara benci.

“Allah Taala menterjemahkan rasa benciNya terhadap manusia yang kufur serta fasik dan derhaka.

“Apa yang berlaku di Perak adalah kerja fasik kerana mereka menang tidak melalui pilihan raya dan pihak yang menang itu pula melompat keluar dari kerajaan yang dipilih rakyat,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau diminta mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan kedudukan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak, selepas tiga Adun Pakatan Rakyat mengisytihar sebagai wakil rakyat Bebas tahun lepas.

Komen: Ringkas jer, kan bagus komen ini keluar masa PR kemaruk dengan kerajaan 16 September dulu. Masa DSAI dok jaja akan tumbang kerajaan BN yang di pilih rakyat sebab ada YB yang akan melompat parti hasil pujuk rayu mereka. Dulu haram undi kafir, sekarang dia peluk erat ngn kafir, dulu boleh lompat parti (bila kebaikan pada mereka), skng lompat parti umpama khianati pilihan rakyat. Masa dulu-dulu jugak media alternatif di agungkan atas alasan ini medan rakyat bersuara, skng media laternatif dah kena CELAKO, CELAKO, CELAKO!!..bila banyak kepincangan mereka didedahkan. Dulu boleh sekarang tak boleh dan sebaliknya.

1 comments: