Setiap pertemuan pasti kan ada perpisahan..dan budi yang baik akan di kenang orang selamanya. Hari ini saya dan rakan2 pendebat tahun akhir (Razlan, Syazwan dan Hidayah) di hargai oleh Kelab Debat dan kami semua menghargai juga 2 orang insan yang menjadi tulang belakang utama kepada Kelab Debat selama ini. Memori lama kembali bertaut pabila melihat 'pewaris' perjuangan Kelab Debat mengangkat sumpah lafaz ikrar dan menerima watikah rasmi perlantikan mereka dari Y.Bhg Dato TNC HEPA.
"Dahulu kali pertama kita angkat sumpah sebagai exco di restoren (Juara Tomyam) saja kan, tak segah mereka sekarang" kata saya bergurau kepada Izzat Amsyar, rakan seangkatan dalam exco Kelab Debat sesi 2006/2007 . Ini juga majlis yang amat bermakna buat En Md Ishah Rahman dan Cik Rohima kerana merupakan majlis terakhir (program pelajar) meraka bersama Kelab Debat dan mungkin juga di HEP, mulai minggu hadapan sudah bertukar ke Jabatan Pendaftar.
Kejutan majlis perpisahan yang dianjurkan oleh exco baru ini untuk meraikan mereka selepas tamat majlis watikah, amat saya puji. Mungkin ia tidak dapat membalas segala budi baik yang telah kedua-dua insan ini hulurkan buat Kelab Debat, tetapi ia sebenarnya cukup bermakna buat mereka.
Buat adik-adik pendebat Bahasa Melayu (Qaiyum, Naim, Acey, Amirul dan Izad), galaslah tanggungjawab ini dengan sebaiknya, semoga kamu semua lebih memahami apa erti sebenarnya Kelab Debat ini wujud dan mengapa pendebat perlu jadi lebih dari seorang pendebat semata-mata. Tahniah kerana berani menerima amanah ini, InsyaAllah dari keterpaksaan ia akan bertukar menjadi kerelaan, masa kan menentu dan merubah segalanya. Sesungguhnya.."Lebih baik disini, RUMAH KITA sendiri...pelihara dan jagalah ia dengan sebaiknya"
Saya amat terhutang budi dengan Kelab Debat dan rakan-rakan yang pernah bersama-sama dalamnya suatu ketika dahulu! Buat kepimpinan baru, anda kini adalah pewaris legasi gemilang dan anda juga yang akan 'membina' pewaris yang akan meneruskan kegemilangan yang anda tinggalkan nanti.
Majlis meraikan perpisahan En Md Ishah, Penolong Pendaftar Kanan Unit Perhubungan Pelajar (baju batik biru). Cik Rohima tidak dapat hadir
Selamat maju jaya dari kami !!
Dari kiri : Sdr Hafizuddin ( Timb. Pengerusi 1 KD 2008/2009 mewakili mantan Pengerusi), En Md Ishah (Pegawai yang diraikan), Sdr Mohd Zaini (Mantan Pengerusi KD sesi 2007/2008), Sdr Abd Qaiyum (Pengerusi KD sesi 2009/2010) dan Sdr Syukri ( Exco Teknikal & Pengurusan KD sesi 20009/2010)

0 comments:
Post a Comment