Thursday, December 31, 2009

Rasa biasa-biasa jer..


Lebih kurang 30 minit lagi nak tahun baru 2010 saya mula menulis entri ni, tiada rasa teruja pun nak sambut tahun baru, sebab tiada yang istimewa, setiap tahun kita sambut detik ni yang tiada makna pun sangat. 2009 yang berlalu?emm..alhamdulillah, sepanjang tahun 2009 banyak perkara manis dari pahit yang di lalui. Kalau cerita tentang akademik, 2 semester dapat result atas 3.00 satu pencapaian yang amat baik bagi saya. Terima kasih banyak2 buat rakan2 kelas yang banyak membantu, tahun hadapan akan lalui hidup di kampus tanpa mereka lagi. Dunia debat saya, diawal tahun 2009 sudah saya tekadkan tidak mahu terlibat aktif lagi dengan debat, tetapi masih juga mewakili USIM dalam beberapa pertandingan debat, syukur setiap pertandingan yang disertai layak ke suku akhir. Kenangan manis walaupun pahit sebenarnya,Naib Johan Debat IKIM. 2 kali bertemu mereka di final dan masih dapat naib johan walaupun patut johan kali ini..hah!entahlah..hakim mungkin terlampau bijak sangat menilai. Berkaitan dengan hidup, 2009 diberi peluang menjejakkan kaki ke luar negara buat pertama kali, iaitu Melbourne Australia. Terpilih mengikuti program pengantarabangsaan akademik oleh pihak fakulti. Balik Melbourne dikuarantin lak di Hospital Seremban kerana disyaki kena H1N1, memang pengalaman yang menarik. Soal hati dan perasaan, masih kukuh perhubungan yang di jalin dan moga kekal sehingga ke saat itu. Azam 2010? sejak dari dulu tak pernah simpan azam pun, cuma sepanjang tahun 2010 ini yang pastinya masih lagi bergelar mahasiswa, masih hidup dengan budaya kampus. Semoga dapat lalui suasana hidup di kampus dengan baik-baik saja. Selamat Tinggal 2009, Selamat Datang 2010. Lagi 10 tahun nak capai Wawasan 2020!!

Sunday, December 27, 2009

Asyik2 tubuh Suruhanjaya Diraja jer

Apakah di Malaysia ini sudah habis ikhtiar dari aspek tindakan undang-undang ke sehinggakan bila ada kes/ masalah yang melibatkan seseorang ahli politik, atau pun hampir2 ada kaitan dan paling teruk tiada kaitan dengan politik pun cuba untuk dipolitikkan..kemudian meminta ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyelesaikan masalah ini..aduh..pi mai pi mai orang yang sama jugak kemukakan idea 'terlebih BIJOK' ini. Dalam masa terdekat ini sudah berapa kali pihak ini utarakan penyelesaian bijak ini, antara yang saya ingat ialah kes jambatan gantung runtuh di Perak semasa perkhemahan 1Malaysia, Tun Mahathir dikatakan songlap RM100 juta sepanjang jadi PM 22 tahun, kes enjin Jet hilang..yang lama sikit sebab seorang Cina mati di bangunan SPMM...dan yang terbaru!! Kes bas Sani Eskpres kemalangan sehingga meragut 10 nyawa, atas alasan mungkin pembinaan lebuhraya di Malaysia ini tak ikut piawaian antarabangsa (tersiratnya dia fikir pihak disana ada seleweng la masa bina dulum, suruh siasat sapa yang terlibat)..aduh..ini saja ker pandangan dan buah fikiran yang boleh di beri?..kalau la kerajaan melayan je semua permintaan ini, saya fikir sampai bila rakyat dan negara tak 'bergerak'..Ada benarnya juga titah Sultan Selangor untuk direnungkan, baginda bertitah janganla sibuk nak berpolitik jer..

Thursday, December 17, 2009

Fuh..Hampir-hampir mahu 'Tumbang'..


Hari ini saya ke cyber cafe..yela rumah di kampung saya tiada kemudahan komputer dan internet, kalo ada pun siapa nak guna. Masuk cc saya gunala peluang untuk layari blog2 ataupun portal berita yang saya gemari, tekejut beruk saya bila mengetahui pada malam Isnin yang lalu kerajaan BN hampir2 digulingkan oleh PR di Dewan Rakyat melalui undi belah bahagian bagi meluluskan badget bagi Kementerian Dalam Negeri dan badget 2010 yang dibentang oleh PM dahulu. Badget KDN diluluskan dengan majoriti satu undi (64-63) dan Badget 2010 dengan kelebihan 3 undi sahaja (66-63). Implikasi secara ringkas yang boleh saya katakan jika badget KDN tidak diluluskan maka KDN tidak akan ada peruntukan untuk menjalankan fungsinya, malah kakitangan dan badan yang berada di bawahnya juga 'tidak ada duit' lagi. Jika tidak lulus perlu dibuat badget baru dan dibentangkan semula..akan ambil masa dan akan menjejaskan pentadbiran kerajaan, politik dan ekonomi.

Malah yang lebih menggerunkan saya jika badget 2010 tidak diluluskan dewan. Mengikut amalan negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, jika badget yang dibentangkan oleh kerajaan yang memerintah tidak lulus, maka secara automatik kerajaan tersebut 'tumbang'. Pilihanraya baru terpaksa dilakukan semula..wahhhh!! Bayangkan bagaimana PM yang mempunyai majlis di sebuah sekolah cina di Kl terpaksa meninggalkan majlis tiba2 bersama-sama ahli parlimen BN yang hadir dan memecut ke Parlimen setelah mendapat panggilan 'kecemasan' untuk memastikan ahli parlimen BN cukup. Dato Johari Baharom yang sedang perjalanan ke Pahang, berpatah balik dan memecut laju ke Parlimen walaupun sudah sampai di N.Sembilan, Dato Mohamed Zin yang baru tiba di KLIA dari luar negara tidak sempat pulang ke rumah turut 'berkejar' ke Parlimen. Begitulah kelam kabutnya ahli BN pada malam Isnin lalu angkara strategi licik yang diatur pihak lawan bagi menumbangkan BN secara demokrtaik setelah formula lompat parti 16 Sept memakan diri sendiru di Perak.

Dato Seri Najib dan Tan Sri Muhyidin 'memecut' konvoi pasukan pengiring ke Dewan Rakyat malam Isnin lalu

Ini suatu pengajaran yang amat bermakna buat BN terutamanya ahli dewan rakyat BN untuk memastikan kehadiran mereka di Dewan terutamanya apabila melibatkan meluluskan 'program' kerajaan


“Mungkin selepas ini beri saya pistol, akan saya letakkan di kepala Ahli-ahli Parlimen (BN) dan tembak jika tidak hadir,” katanya secara sinis. Nazri mengakui beliau menyedari sesuatu yang tidak kena apabila melihat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang masih berada di Parlimen sehingga pukul 8 malam Isnin.

“Kebiasaannya pada waktu ini mereka sudah tiada tetapi yang anehnya ramai anggota pembangkang masih berada di Parlimen pada waktu itu,”katanya. Dipetik dari Agenda Daily


Sunday, December 6, 2009

Saya tersenyum gembira


Malam ini saya mendapat khabar yang gembira, pasukan Muda USIM muncul Johan Debat Diraja bertempat di Universiti Malaya (banyak kenangan di U ni,hehe). Ini kejayaan pertama USIM muncul Johan dalam pertandingan debat perdana antara IPT. Tidak bermakna ini kali pertama USIM melangkah ke pentas akhir bagi pertandingan debat, sudah 3 kali melangkah ke Pertandingan Akhir Debat Kefahaman Islam pada tahun 2005 kali pertama, dan pada 2007 dan 2008 saya terlibat menjadi pendebat. Tapi kalau Allah katakan bukan rezeki kami hatta pihak lawan sudah nampak mengalah, gelaran JOHAN itu tetap bukan milik USIM juga.

Tetapi tahun ini, hasrat Y.Bhg Dato TNC HEPA yang diluahkan pada saya ketika diberi kepercayaan menjadi Pengerusi Kelab Debat dulu mahu lihat USIM muncul Johan dalam salah satu pertandingan debat, menjadi kenyataan akhirnya. Bagaikan satu bonus, muncul johan di pertandingan debat paling berprestij di antara IPT. Tahun ini saya tidak menyertai Debat Diraja, ini keputusan yang berat perlu saya buat kerana perlu tumpu kini untuk perancangan kehidupan selepas tamat belajar nanti. Maaf kerana tidak dapat sama-sama 'pecah kepala' berlatih dan berbincang semasa latihan seperti sebelum2 ini. Tapi saya tidak risau kerana sudah ada beberapa pendebat 'dewasa' yang dapat membimbing dengan baik. Pencapaian terbaik saya di Debat Diraja ialah pada tahun 2006 di UNIMAS, Tahun 1 ketika itu, sampai ke suku akhir kategori Muda. Tewas di tangan 'abang' iaitu UIAM..thanx kak Abie, Hafiz dan Miqdad yang menajdi rakan sepasukan ketika itu.

Melihat kepada kejayaan IKhwan, Abdullah Long, Naim dan Ijad..4 orang pelapis pendebat USIM yang amat berbakat yang saya 'temui' ini semasa menjadi hakim beberapa pertandingan dahulu, membuatkan saya sudah boleh tersenyum dan lega..amanah yang saya pikul dari sifu debat saya Akak Latifah dan Abie serta Bro Hariri untuk mencari dan membimbing pelapis debat yang boleh 'diharap' sudah tertunai. Kerana saya sudah boleh mengharapkan mereka membimbing rakan2 lain mengharumkan nama USIM di pentas debat IPT..'Saka' ini telah saya serahkan pada yang layak malah lebih bagus dari saya, jadi tiada lagi keraguan dan kegusaran pabila berundur dari gelanggang debat ini. Ini zaman mereka pula bermain di padang ini...

Thursday, December 3, 2009

Debat Riraja 2009...noktah?

Debat Diraja : USIM pertaruh 7 pasukan

Kuala Lumpur, 3 Dis | Kelab Debat USIM telah menghantar tujuh pasukan bagi mewakili universiti dalam persaingan Debat Diraja 2009 pada tahun ini.

Kejohanan debat paling berprestij itu akan melibatkan hampir semua institusi pengajian tinggi tempatan dan mempertandingkan tiga kategori; Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Kejohanan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dan Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) tersebut akan diadakan di Universiti Malaya, bermula 4 hingga 8 Disember ini.

USIM mempertaruhkan tujuh pasukan bagi kejohanan tersebut, iaitu tiga pasukan untuk kategori Bahasa Melayu dan dua pasukan masing-masing untuk kategori Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Mohd Izzat Amsyar, pendebat yang mewakili pasukan kategori Bahasa Arab berkata, pasukan debat USIM sudah memulakan persiapan sebaik selesai peperiksaan akhir semester lalu.

"Kami semua sibuk mempersiapkan pasukan dan beberapa perkara terutamanya penyelidikan berkenaan tajuk-tajuk debat.

Sehingga hari ini(semalam), latihan berterusan telah diadakan dan berpusat di FSU untuk memantapkan skil dan hujahan setiap pendebat dengan bimbingan beberapa orang jurulatih yang terdiri daripada pensyarah dan tutor," ujarnya melalui kiriman emel.

Beliau berpendapat, kejohanan debat seumpama ini akan memberi peluang kepada mahasiswa mengasah bakat diri serta ketajaman idea dalam berhujah di samping memartabatkan nilai bahasa sebagai bahasa diplomasi dan ilmu.

Dalam akhir mesej yang dikirimkan kepada Usimkini, beliau menyatakan harapan agar lebih ramai penglibatan siswa-siswi USIM dalam arena perdebatan Bahasa Arab sebagai pelapis selepas ini terutama dari fakulti-fakulti lain.

Abdullah Long, pendebat bagi kategori Bahasa Melayu ketika dihubungi oleh wakil Usimkini berkata, kebanyakan tajuk usul perdebatan pada tahun ini menyentuh isu-isu terkini tanah air dan politik semasa.

"Dalam pertandingan seumpama ini, para pendebat sememangnya diberi kebebasan untuk berhujah secara rasional tanpa sebarang sekatan.

Meskipun ada sesetengah usul yang menyentuh sensitiviti politik semasa, saya percaya ia tidaklah mendorong pendebat berhujah hingga mengundang sentimen atau emosi," ujar beliau yang meramalkan pertembungan sengit akan berlaku antara beberapa pasukan daripada beberapa IPT terkemuka.

Sementara itu, Mohd Zaini Othman mengakui kejohanan debat diraja merupakan lapangan pertandingan debat yang paling mencabar bagi semua pendebat IPT.

Ketika ditanya mengenai potensi pasukan debat USIM untuk meningkat, mantan Pengerusi Kelab Debat USIM sesi lalu itu berpendapat momentum sedia ada perlu dikekalkan untuk memastikan prestasi dapat dipertingkatkan kepada lebih baik berbanding sebelum ini.

"Bilangan pasukan untuk Debat Diraja cukup banyak. Jika kita dapat meloloskan diri ke peringkat suku akhir, itu suatu kejayaan yang membanggakan.

Jika tahun lalu, pasukan Bahasa Melayu dan Bahasa Arab USIM berjaya menempatkan diri sebagai lapan pasukan terbaik apabila layak ke suku akhir. Saya harapkan, tahun ini dapat diteruskan prestasi tersebut. Lagi meningkat lagi bagus."

Beliau turut berharap pasukan pelapis USIM akan beroleh pengalaman yang berguna dalam kejohanan itu nanti.

"Bagi pasukan pelapis, inilah 'tempat permainan' yang paling sesuai untuk meningkatkan kemahiran berhujah, membidas dan sebagainya yang perlu ada bagi seorang pendebat," katanya.


Pusingan akhir yang akan menentukan juara akan diadakan pada 8 Disember ini. Perasmian penutup dikhabarkan akan disempurnakan oleh Canselor UM, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Azlan Shah . - Usimkini
Esok bermula secara rasmi pencak langkah pasukan debat terhebat yang mewakili setiap IPT di Malaysia. Sejarah Debat Diraja cukup unik dan penuh emosi. Air mata kekecewaan, jeritan kemenangan, sorakan tanda sokongan dan hujah2 yang penuh sinis tetapi membina, analisis kes dan fakta yang mengagumkan serta 'tari' perdebatan yang begitu mengujakan..itulah antara rencah Debat Diraja, 3 tahun saya diberi kesempatan mewakili USIM sejak saya di Tahun 1, kini di Tahun 4 saya fikir biarlah saya 'berehat' dari Debat Diraja, mungkin debat2 seterusnya, inilah masa yang sesuai untuk pendebat Pelapis memperkemaskan 'tari' mereka..Selamat Berjuang untuk Pasukan Debat Bahasa Melayu USIM..Moga suatu hari nanti KERIS DEBAT DIRAJA itu akan dijulang dan di arak di bumi USIM