Monday, November 30, 2009

Mengapa Kelantan Tak Layak Dapat Royalti

PAS tidak seharusnya menuntut royali minyak daripada kerajaan persekutuan. Perjanjian yang telah dibuat oleh Kelantan dan Petronas pada tahun 1975 telah meliputi kawasan tuntutan dibawah bidang kuasa Joint Development Area (JDA) dibawah pengendalian kerajaan Malaysia dan Thailand. Kerana itu ia dipanggil sebagai wang ihsan. Wang ihsan bermaksud kerajaan persekutan mempertimbangkan posisi kelantan sebagai negeri yang mengeluarkan minyak, namun apabila kita bercakap soal undang-undang maritim, kerajaan Kelantan hanya mampu melihat sahaja.

Sebagai contoh, apabila seseorang menjumpai emas di kawasan rumahnya, emas tersebut bukan menjadi milik saudara tersebut kerana mengikut undang-undang tanah (National Land Code) emas dan lain-lain hasil mineral yang dijumpai dalam negara merupakan milik negeri tersebut (state). Mineral dimaksudkan di sini merupakan mineral yang dijumpai dibawah tanah, namun apabila kita bercakap soal maritim / sempadan laut yang beratus-ratus batu nautica jauhnya, ia jatuh di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.

Telaga ini baru diterokai sejak 2004. Dan telaga minyak ini terletak lebih 3 nautika dr pesisir kelantan bersempadan dengan kawasan laut Thailand. Oleh itu hasil ini tidak berhak sama sekali diberi kerajaan kelantan kerana syarat royalti minyak adalah di dalam kurang dr 3 nautika dari pesisir pantai negeri seperti hasil minyak di Sarawak. Disebabkan itulah Sarawak layak menerima royalti minyak.

The 1909 Anglo-Siamese Treaty menyatakan;

“All islands adjacent to the eastern States of Kelantan and Tringganu, south of the parallel of latitude drawn from the point where the Sungei Golok reaches the coast at a place called Kuala Tabar, shall be transferred to Great Britain, and all islands to the north of that parallel shall remain to Siam.”

- Subsequently, the two governments signed several agreements over their common maritime boundary in the Gulf of Thailand and South China Sea. The 1973 continental shelf boundary agreement between the two governments only covered the Straits of Malacca segment and did not cover the border in the Gulf of Thailand but on 24 October 1979, an agreement and a memorandum of understanding were signed to determine the common maritime boundary of the two countries in the Gulf of Thailand. The first agreement established the territorial sea boundary from the mouth of the Golok River at 6°14′30″N 102°5′36″E / to 6°27′30″N 102°10′0″E / . The MOU established the continental shelf boundary from the northern end-point to 6°50′0″N 102°21′12″E / with one turning point in between.

The boundary beyond the northern end-point is subject to dispute. However, both countries have come to an agreement to put aside the border dispute and allow for the joint exploitation of natural resources of the disputed area. The two countries signed a Memorandum of Understanding for the Establishment of a Joint Authority for the Exploitation of the Resources of the Sea-Bed in a Defined Area of the Continental Shelf of the Two Countries in the Gulf of Thailand on 21 February 1979, followed by an Agreement on the Constitution and Other Matters Relating to the Establishment of the Malaysia-Thailand Joint Authority on 30 May 1990 establishing a joint development area (JDA).

Ini bermakna jika Kelantan mahu menuntut royalti minyak dari Kerajaan Malaysia, Kelantan juga harus menulis surat kepada Kerajaan Thailand untuk perkara yang sama oleh kerana kawasan tersebut telah menjadi milik bersama Malaysia-Thailand. Tambahan pula kedua-dua negara masih dalam proses tuntutan terbaru kerana tidak berpuas hati dengan JDA yang telah ditandatangani, hal ini masih lagi dalam proses perundangan. Oleh kerana itu siapalah Kelantan mahu menuntut hak royalti di sini? Kalau dapat wang ehsan pun dah bersyukurlah kerana Malaysia sedang menuntut haknya demi Kelantan menentang Thailand.

Menurut kata Dr.Lo’Lo Ghazali dan Husam Musa, Akta Kemajuan Petroleum tidak menyebut pemberian hak royalti ditentukan oleh 3 batu nautika. Benar tidak ada menyebut tentang perkara itu. Tapi apakah Dr.Lo’Lo pasti tiada kes (judicial precedent) yang telah dibuat mengenai perkara 3 batu ini? Sudah Dr.Lo’Lo atau Husam periksa betul-betul?

Kerajaan Kelantan bergantung kepada perjanjian yang dibuat oleh Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah dengan Allahyarham Dato’ Nasir, bekas Menteri Besar Kelantan dari Barisan Nasional. Dalam perjanjian tersebut telah dipersetujui bahawa Kerajaan Kelantan layak mendapat royalti sebanyak 5% setiap 6 bulan daripada hasil penjualan minyak Petronas.

Walaubagaimanapun atas sebab bahawa kawasan telaga minyak yang dituntut ini berada dalam Joint Develoment Area (JDA) di antara Malaysia – Thailand dan Malaysia – Vietnam, ini tiada kena-mengena dengan Kelantan melainkan Kelantan turut menyertai JDA tersebut. Malang buat Kelantan kerana kawasan dituntut diliputi oleh JDA ini. Walaupun Tuan Guru Nik Aziz menegaskan bahawa Kelantan hanya menuntut haknya daripada Kerajaan Malaysia, kehadiran JDA ini tadi seharusnya membuka bidang kuasa baru kepada Malaysia samada mahu memberi royalti kepada Kelantan atau tidak kerana JDA ini terletak dibawah bidang kuasa sepenuhnya oleh Thailand dan Malaysia.

Kawasan perairan Kelantan yang kecil dan pendek ini kemudian telah diambil alih oleh JDA yang terletak dibawah bidang kuasa Malaysia – Thailand.

Dalam erti kata lain, perjanjian antara kerajaan negeri Kelantan dengan Tengku Razaleigh itu telah berlalu (lapsed) dengan kehadiran JDA ini. Perjanjian tersebut tidak lagi terpakai (applicable) kepada JDA yang termaktub dibawah Malaysia – Thailand Joint Authority Bill 1990.

Seksyen 7 Malaysia – Thailand Joint Authority Bill 1990 menyatakan – The Joint Authority shall pay to each of the Governments royalty in the amount of five per centum of gross production of petroleum, in the manner and at such times as may be prescribed by regulations.

Perkataan ‘Governments‘ dalam perkara tersebut merujuk kepada tafsiran Akta tersebut membawa maksud Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Tiada pula saya lihat ‘government of Kelantan’?

Identiti Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat seperti termaktub dibawah perlembagaan persekutuan membawa maksud dua identiti berbeza. Oleh itu Kerajaan Negeri tidak mewakili Kerajaan Persekutuan dan juga sebaliknya. Mungkin sebelum JDA termaktub, Kerajaan Kelantan boleh bergantung kepada perjanjian antara Petronas dan Kelantan. Namun selepas kehadiran JDA, posisi Kelantan harus dikaji semula.

Adalah tidak adil jika kita kembali menyorot perjanjian asal tersebut kerana selepas perlaksanaan JDA 1990, hasil petroleum telah dibahagi samarata 50-50 antara Malaysia dan Thailand.

Kerana itulah ia dinamakan wang ehsan. Ehsan bermaksud kerajaan persekutuan memberikan wang tersebut atas budi bicara dan bukan kerana hak negeri Kelantan.Dipetik dari blog http://writtenbyhim.wordpress.com/2009/11/30/penjelasan-mengapa-kelantan-tiada-hak-royalti-minyak/

*Saya agak kecewa, kerana 'kekayaan' dunia, sanggup seorang Islam mendoadakn kebinasaan seorang Islam yang lain. Adakah ini gaya seorang ulamak? mendoakan yang buruk2, memecah belahkan lagi hbungn sesama Islam, tidak tetap pendirian, memfitnah dan macam2 lagi..Kerana itulah Allah SWT membezakan umatnya melihat pada ketaqwaan dan keimanan, bukan pada pakaian, jubah dan serban, tasbih dan sejadah ataupun fasihnya die berbahasa Arab membaca Hadis dan Firman Illahi dari Kitab Suci..

Saturday, November 21, 2009

Rumusan setakat ni..


1. Alhamdulillah, final exam dah habis seminggu yang lalu..dengan usaha, doa dan tawakal..insyaAllah semester ni akan dapat result yang terbaik dari semester2 yang lalu, amin..cuma risau dengar satu subject repeat..harap2nya lulus subjek yang mencabar ni.

2. Habis exam tak merdeka jugak lagi, perlu tumpu utk siapkan tesis, kena buat model regression, run model tu guna sistem, dapat result n kena huraikan lagi..memang meletihkan. Bilik memang berselerak dengan kertas, buku2, jurnal, artikel n mcm2 lagi yang berkaitan ngn tesis ni..haaaa...semalam selesai viva tesis ngan para pensyarah, hope dapat mark yang terbaik.

3. Keputusan UPSR da kuar, jadi saya nak ucapkan tahniah kepada adik Diyana(5A) n adik Faiz(4A 1B)dari SK Bongek, Rembau..ini soklah luar bandar,mudah cakap skolah kampung..tapi cita2 dan semgat para pendidik dan pelajarnya besar sekali. Saya mula kenal n rapat dengan mereka berdua bila diberi peluang mengisi salah satu slot ceramah program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) Rembau..Selapas tamat program mereka masih berhubung dgn saya n kata2 semangat, nasihat n panduan saya berikan utk buat yang terbaik dalam UPSR. Saya bangga dengan mereka..

4.Pelajar2 USIM da stat cuti semester, buat kali pertama saya tak sertai Debat Diraja tahun ini..3 tahun saya sertai sejak dari Tahun 1. Dari UNIMAS ke UITM dan terakhir di UIAM. Sekarang ni budak2 debat BM sedang buat bengkel pemantapan utuk ke Royal Debate di UM nnt..awal bulan Dis, date saya tak pasti..Buat yang terbaik, kekalkan prestasi tahun lalu malah tingkatkan lagi..Maaf tak dapat bersama kalian,berkongsi ilmu dan tunjuk ajar.. ada tanggungjawab yang lebih pebting untuk diberatkan..

5. Selamat menyambut hari raya Aidiladha.."tambat lembu korban tu elok2 nnt..lari susah.." hehe

Sunday, November 8, 2009

Nak cari menentu Korea la nnt


Minggu ni minggu fall in luv ngn grup dari Korea. nama grup ni Girls Generation..memang cute miut la ahli grup ni. Lagu lak sedap2 n hepy jer dengar walaupun satu haprak tak faham apa die nyanyi..haha.Sebelum ni layan grup korea gak, Wonders Girls..tapi tak la layan sgt mcm grup ni ha. Mula jatuh cinta ngn Gadis Korea ni pas tengok Full House dulu la..lama dah..huhu..Lagi feveret Gee..kalo tgk video klip dia lagi feek kekiutan itu..hehe.Bak kata seorang kawan "Orang cute nyanyi lagu yang cute jer rentak n liriknya memang bertambah cutela lagu tu..kalo nyah nyanyi ko nak layan ker?"..saya hanya tersenyum..haha

Sunday, November 1, 2009

Untuk KITA-KITA ajer

Selamat menduduki Peperiksaan AkhiR buat rakan2 IPT yang lain. Ada yang sudah mula exam, ada yang belum lagi. USIM rasminya isnin ini bermula exam final. Saya secara rasminya adalah Rabu, syukur jadual paper saya tak la azab sangat. Masih ada ruang untuk bernafas bagi mengulangkaji subjek seterusnya. Cuma hari terakhir exam saya ada 2 paper..Habis exam harus tumpu kembali pada tesis saya.Saya berdoa dan anda berdoa, semoga kejayaan milik bersama...yang penting usaha dahulu baru tawakal dan berdoa.

KEWANGAN KORPORAT 4/11/09

PROSES STOKASTIK 5/11/09

KAEDAH PERKOMPUTERAN KEJURUTERAAN KEWANGAN 12/11/09

REGRASI, SIRI MASA DAN RAMALAN 16/11/09

ALJABAR 16/11/09

Monday, October 19, 2009

Siapa yang 'hutang' siapa ni?

Setinggi tahniah dan pujian buat Bendahari USIM sebab tanpa rasa malu dan bersalah meletakkan nama saya sebagai salah seorang senarai penghutang dengan pihak Bendahari. Mcm mana nama saya boleh terlibat? Sebab saya merupakan salah seorang pelajar yang menggunakan nama saya saya untuk mengeluarkan wang pendahuluan program. Program itu ialah Debat Bahasa Arab IPT ASEAN kali ke3 dan saya adalah Pengarah Programnya.

Senarai penghutang ini dikeluarkan atas sebab kegagalan pelajar menghantar laporan wang pendahuluan program setelah tamat program. Buat Pengarah Program dan Bendahrinya yang tak hantar, itu memang salah mereka.Tapi kalau yang hantar laporan kepada Bendahari tapi nama masih masuk list, APA KES?? Ini orang kampung saya cakap sudah kurang ajar

Setelah bendahari saya menyiapkan laporan belanjawan itu seperti yang saya minta, saya sendiri yang mendapatkan pengesahan dan tandatangan pegawai HEP sebelum saya hantar by hand kepada kaunter Bendahari atas bukit tu. Siap bagi pada staf die lagi dan staf die siap kira-kira lagi belanjawan tu depan saya untuk pastikan jumlah tersebut betul.

Saya menyedari bahawa laporan belanjawan yang saya hantar tu tidak sampai pada pihak yg sepatutnya di Jabatan Bendahari bila saya mahu gunakan nama saya sekali lagi sebagai nama penerima wang pendahuluan sebuah program DITOLAK Bendahari!! Sebabnya nama saya belum BERSIH lagi..Bila dirujuk pada Staf Bendahari katanya laporan belanjawan Debat Asean tak hantar lagi..BERTUAH punya Bendahari, saya yang hantar sendiri, staff awak siap kira lagi depan saya, boleh kata aku TAK HANTAR lagi!Bak kata orang kampung saya sekali lagi ini sudah kurang ajar.

Sekarang ni siapa yang tak profesional dan berkualiti? laporan dah hantar..tapi hilangkan (letak merata-rata) kemudian cakap student tak hantar. Memang masalah betul Bendahari ini, bilakah mahu berubah, walaupun sudah banyak kontroversi dan 'diludah' banyak pihak dari dulu hingga kini..

Pejabat mereka sungguh cantik,
Terletak pejabat di atas bukit,
Tapi khidmatnya sungguh sakit,
Baiklah pindah ke bawah bukit,
Baru senang di jerit di tempik....



Friday, October 16, 2009

Geli hati menonton PAPADOM dan telatah SIVAKUMAR



5 BINTANG untuk buah tangan terbaru dari Aflin Shauki..filem PAPADOM memang best dan menghiburkan tahap menaglir air mata dengan lawak jenakanya yang bukan splastik dan bodoh macam sesetengan filem tu. Saya menonton bersama rakan di Mines semalam, trimas untuk Epul yang tolong book kan tiket untuk kami. Ini filem komedi yang best untuk tahun ni selepas SETEM, walaupun komedi tetapi ia menerapkan unsur kasih sayang melalui kisah seorang ayah yang senyiasa mahu berada di samping anaknya, mahu menjadi pelindung terhadap anaknya.."Saya tak mahu dia membuat kesilapan dalam hidup"..Selain PAPADOM, geli hati juga menonton 'filem' yang dibintangi ADUN Pakatan Rakyat di Perak, pelakon utama kali ni ni macam biasa ialah YB Sivakumar@DAP dan pelakon pembantu terbaik seanjang zaman ialah YB Nizar@PAS.Haha..memang lawak cerita ini, kisahnya tentang sekumpulan ADUN PR yang muala2 dahulu bertempik, memekik sampi terkinja-kinja pada seluruh rakyat Malaysia dan dunia mereka tak kan HADIR pd Sidang DUN Perak pada 28 hb nnt..alasan mudah Ganesan Speaker HARAM!! Alih-alih mereka nak hadir juga Sidang DUN nnt sebab Sivakumar keluarkan 'notis' untuk panggil Sidang Dun pada TARIKH, MASA DAN TEMPAT yang SAMA dengan notis Speaker Ganesan, bila masa Sivakumar ni ngadap Sultan Perak yer?ker dia g ngadap jaga bank mintak perkenan sidang DUN pada waktu yang sama jugak..alahai..apa punya bodoh la lawak yang mereka buat nih. Nak tutup malu dan kebodohan sendiri lalu ambil tindakan macam ni, cuba hayati kata2 kumpulan Sepah.."Bodoh tu cubala simpan-simpan sikit"..nnt masa 28hb tu pergila bersidang bawah pokok lagi, pokok xleh bawah jambatan Sungai Kinta pun ok jugak..=)

Friday, October 9, 2009

Bersolat Jumaat di 'Masjid Besi'



Pagi tadi saya ke Putrajaya, lebih spesifik Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani..mudah sangat mencari Wisma Tani ni walaupun baru kali pertama datang Putrajaya (saya dah banyak kali lagi la senang,hehe). Saya ke sana kerana ada temujanji bersama Pegawai di sana bagi menambah maklumat berkaitan kajian tesis saya. Alhamdulilah, apa yang saya inginkan dapat..terima kasih kepasa staf perpustakaan Kementeriaan yang begitu baik membantu saya. Alang-alang sudah berada di Putrajaya saya mengambil kesempatan menunaikan Solat Jumaat di Masid Sultan Zainal Abidin atau lebih di kenali dengan Masjid Besi. Cadangnya semasa Ramadhan lalu sudah ingin menyimpan niat berbuka puasa dan solat tarawikh di masjid ini, tapi tiada berkesempatan. Bila menjejakkan kakil di dalam masjid ini, Masyaallah..memang cantik dan moden, kuasa Allah mengilhamkan kepada makhluknya untuk membina masjid seperti ini. Walaupun masjid ini tidaklah penuh ukiran indah seperti Masjid Putra, ia lebih bercirikan binaan kontemporari..tetapi dengan kedudukannya di tepi tasik dan menggunakan sistem pengudaraan semulajadi, terasa nyaman berada di dalamnya. Selepas bersolat terserempak beberapa kenalan USIM, mereka menyertai Pertandingan Kayak IPT Malaysia di Tasik Putrajaya..Doa saya mereka berjaya. Dalam perjalanan pulang ke Nilai saya singgah di Salak Tinggi membeli beberapa ekor anak ikan kecil dan sedikit aksesori hiasan akuarium saya...saya mahu 'rumah' mereka nampak cantik..
* Petang ini sudah boleh ambil hp saya di kedai..pasni janganla jatuh lagi